Tuesday, April 6, 2010

setiap hari saya kerja separuh hari sahaja. weekend adalah masa untuk saya goyang kaki di rumah. ye, saya seorang guru!


kakitangan I tengah tak cukup nak siapkan kerja-kerja sekolah yang menggunung Kinabalu sekarang. tak kuasa I nak buat list kerja menggunung tu kat sini. yang pasti semua buku latihan budak kena tanda dan submit pada GB before end of this week. 3 classes equal to 10 set of books. ala sikit je tu kan.

ala, kau kerja sebagai apa pun memang tak lepas dari perkataan SIBUK. event kau jadi housewife pun, kakitangan kau tak kan cukup jugak. so, moralnya kat sini bersyukur la dengan kerjaya anda. merungut sikit-sikit tu normal la. lain cerita la kalau kau memang dasar workaholic sampai tak ingat dunia. TAPI! sesetengah orang atasan ni memang tak boleh senang tengok orang lain senang. banyak sangat kerenah birokrasi. benda remeh pun nak jadi isu. tu yang jadi kes kena buli kerja berlambak-lambak. kesian kan =(

walau sekuat mana pun kau kerja, jangan lupa beri masa untuk diri tu berehat. SEE!, aku tengah berehat la sekarang ni walaupun sepatutnya perkataan berehat tu pun aku tak patut sebut mengenangkan kerja aku yang banyak sangat tak siap ni. rehat penting beb! karan kalau jadi mereng sapa nak jawab?

okey, cukup! aku nak sambung kerja. CHOW~

1 comment:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

rehat...
kalau tak rehat...
ko akan GILER...
hehehehe...