Sunday, February 7, 2010

fungi, bacteria and protozoa


kembali je rancangan kanak-kanak pintar sains. pelajaran hari ini adalah microorganisms. anda pernah lihat black spots pada roti yang sudah expired dan diperam selama seminggu?

IA SAMA SEPERTI BLOG AKU INI!

sudah tumbuh kulat gamaknya blog aku ni. genap seminggu aku tak bukak blog ni. i mengalami KEBIZIAN tahap melampau. kadang-kadang saja buat-buat BIZI. malas nak sentuh laptop yang banyak betul ragam sekarang ni. karang bila dah dia start buat onar, tak pasal-pasal je mulut aku ni nak merampuih-rampuih maki hamun. OMG!!! tahap kesabaran aku memang makin teruk sekarang ni.

okey, aku cuma nak tayang hadiah yang aku janjikan kepada pemenang 'contest cikgu ada' hari tu. GILA dah bertahun aku peram hadiah ni tak sempat nak pergi pos. nasib baik hadiah ni tak tumbuh kulat jugak. sorry ye cik juju & cik cimi. I janji esok I pergi pos hadiah u all ni ye =)


sekian, terima kasih. aku nak sambung buat-buat BIZI sekarang. I sangat BIZI di depan televisyen. weh! rumah aku dah pasang astro! *ini adalah ayat nak menayang. harap maklum!

Saturday, January 30, 2010

jawapan aku tetap tak nak

cikgu, esok cuti Thaipusam kan? jom gotong-royong kemas kelas.


tak nak

kenapa cikgu?

cikgu nak pergi DATING!




-conversation end-

Friday, January 29, 2010

terasa nak manja-manja

yeah!!! hari ini hari JUMAAT. memang aku dok menanti je hari jumaat setiap minggu. SEBABNYA; pukul 12.30 dah buleh balik rumah. pastu buleh terus berenang di atas tilam. NIKMATNYA!!

hari Jumaat juga melambangkan aku tak perlu mengadap budak-budak yang buat aku rasa nak picit je hidung diorang tu selama 2 hari. BAHAGIANYA!! aku juga tak perlu berfikir segala bagai kerja, kertas itu ini, buku itu ini dan segalanya berkaitan itu ini. OWH RELEXNYE!!!

JUMAAT juga menandakan berakhirnya temph berkabung. esok aku dah buleh pakai tudung kaler hijau, merah, oren, dan segalanya. aku dah kering idea nak padankan baju dengan tudung putih tau. pastu rasa macam pakai tudung yang sama je setiap hari sebab kalernye sama je.


yeah!!! aku ada voucher facial. tak sabar nak memanjakan muka yang dah bertambah-tambah kedut akibat penyakit muka masam tiap-tiap hari. kau tahu sebab apa aku dapat penyakit ni???

SEBAB AKU SANGAT GERAM DENGAN PERANGAI SENGAL BUDAK-BUDAK KAT SEKOLAH TU!

okey, cukup! tak nak ingat hal kat sekolah dah.

Thursday, January 28, 2010

kalau tak ada pilihan payah, kalau terlebih pilihan pun payah. habis apa yang tak payah?

aku rasa dah sampai masanya aku patut mempunyai kekasih KEDUA. orang tua-tua kata 'dah sampai SERU la tu'. Sila jangan kaitkan dengan KEKASIHKU SERU pulak! tidak sesuai terkenangkan cerita KEKASIHKU SERU tu di malam jumaat ni ye.

aku nak lebih. tak cukup la setakat ada 1 je kekasih. kehendak aku ni tak dapat dipenuhi dengan 1 je kekasih.


kepada MR EHEM, I mintak maaf ye =(
I terpaksa. kehendak I semakin membesar. BESAR PUNYA! *terkena sampuk budak-budak kat sekolah la ni. diorang tu suka sangat suka words 'besar punya' tu. kuat betul pengaruh iklan meggi sengal tu kan.

aku dah buat list calon-calon yang sesuai untuk dijadikan kekasih kedua aku nanti. calon-calon ni aku pilih mengikut pada kehenseman mereka yang membuat aku tergoda dan dicemburui gadis-gadis lain. aku dah ukur tahap kemampuan aku dan kemampuan bakal kekasih kedua aku tu. bak kata orang tua-tua lagi "kalau mencari jodoh biarlah yang sepadan. baru hubungan berkekal dan tidak bercerai-berai". aku kena mampu untuk menyara dia. dan dia pula kena la mampu untuk menunaikan tanggungjawab dia pada aku.

dan akhirnya, 4 calon yang memiliki ciri-ciri jejaka idaman aku berjaya masuk dalam list aku. TAPI! aku agak kebuntuan nak pilih yang mana 1. kalau aku pilih di sana, di sini akan terluka. haruskan aku memilih semuanya?? GILA KAU! mana aku mampu. aku cuma insan yang kecil dan comel, tak bisa nak menjadi TAMAK!.


sekadar gambar hiasan. makhluk ini tidak tersenarai dalam list calon kekasih kedua aku.


calon-calonnya adalah;

KIA PICANTO


MYVI_SE
sesuai ke ni jadi kekasih baru aku? sama dgn mr ehem la pulak. nanti mesti dia ejek aku tiru dia.


VIVA ELITE


SUZUKI SWIFT
aku paling berkenan yang ni. tapi mr ehem tak suka la pulak.



kau rasa yang mana paling sesuai untuk jadi kekasih kedua aku?



Tuesday, January 26, 2010

lidah bergulung lantas menjadi tergeliat

शांति. तुम क्षेत्र हिन्दू संस्करण में अब कर रहे हैं. कृपया ध्यान दें.

kau tengah garu kepala ke? tak perlu tukar ke siaran lain sebab ini memang betul blog aku. entry ini adalah benar dan sebenarnya. tak ada sebarang masalah dengan font, bahasa dan segalanya.

okey, kalau kau tak reti nak mengeja ayat tunggang terbalik kat atas tu, kau mengeja je ayat yang kat bawah ni. dah macam kelas kanak-kanak pemulihan la pulak. ajar membaca dan menulis.
śānti. tuma kṣētra hindū sanskaraṇa mēṁ aba kara rahē haiṁ. kr̥payā dhyāna dēṁ.
ini bukan sejanis ayat mencarut ye! okey, aku tolong translate untuk kau;
salam sejahtera. anda berada di zon bahasa hindu. harap maklum!


saja je malam ni buang tebiat sikit nak mantapkan skill bahasa hindu. menyahut cabaran mr ehem. ktorang dah plan dan sepakat nak anak-anak ktorang panggil ktorang dengan gelaran appa dan amma. keputusan ni dah dipersetujui 2 hari yang lepas. so, untuk menjalankan program ni, ktorang dah mula praktis menggunakan gelaran amma dan appa dalam setiap sesi komunikasi antara aku dan mr ehem.


मैं आपसे प्यार करता = maiṁ pyāra hamēṁ
maknanya adalah; saya rindu kamu


p/s ; tak sabar nak berdating weekend nanti. beromantik picnic tepi pantai =)

kenapa aku suka skodeng dia?? sebab dia BEST!!

okey, adalah dimaklumkan kau sekarang berada dalam zon skuad skodeng akak rambut ketak. ala iras-iras abang nas rambut ketak skuad terjah tu. berlainan mak bapak. langsung tak seiras. tapi memiliki rambut yang berketak.

dan mangsa skodeng pertama adalah;


jeng


jeng


jeng
.
.
.
.


inilah mangsa keadaan akak rambut ketak yang pertama CIK IZDIYANI MUSAWIR
kau tengok! aku sangat tertarik dengan teropong dia. okey jom ikut aku teropong MACHAM IZ PUNYE

dah agak lama aku mencuci mata kat blog dia ni. cara penulisan dia memang sempoi. kebanyakkan tulisan dia pasal lifestyle dia di campus, chill out dengan member-member, dan emosi-emosi tak keruan dia yang agak sengal. TAPI AKU SUKA!

tengok pada blog header dia pun dah cukup menampakkan dia ni agak gila-gila. cara penulisan dia buat aku rasa nak gelak je. bahasa yang dia gunakan penuh humor. kalau dia tulis entry emo pun, aku tetap rasa benda tu lawak. FUN WEH! aku suka baca entry yang buat aku rasa free dan tidak terbeban. benda-benda sengal cam gini la yang buat aku rasa ringan sikit beban kat kepala aku ni. selain tu, layout blog IZ ni memang simple TAPI menarik. tulisan pun jelas dan mudah dibaca oleh manusia-manusia kabur penglihatan macam aku ni.


SELAIN DARIPADA ITU, dia selalu jadi mangsa intipan aku sebab dia sangat cun. hal rupa paras ni subjektif, tapi aku rasa ramai je yang setuju dengan pendapat aku ni. dah lumrah kejadian manusia, yang cun mesti dapat perhatian. so buleh dikatakan ini advantage bagi dia la kan. rasanya bukan aku seorang je yang skodeng blog dia sebab dia cun. follower dia dah jejak 1378 orang. see! kuat pengaruh dia ni kan. kau paham-paham sendiri la earning nuff dia macam mana ye =)

dia ni salah seorang suku sakat geng baik si HANIS ZALIKHA. happening je bila baca entry diorang ni chill out together.


aku cukup berkenan tengok cara dia gayakan shawls. sweet je muka dia bila pakai shawl. bagi aku dia boleh dijadikan ikon dalam mengayakan shawls. so, tak hairan la bisnes shawls dia menjadi.

okey, akak rambut ketak dah penat menaip. kau skodeng sendiri la pulak; sayesayangiz.blogspot

tunggu mangsa skodeng akak yang seterusnya pulak ye. CHOW CENDOL LAZAT~

Monday, January 25, 2010

pantang datuk nenek dan segala moyang piuk aku kalau jumpa orang suka ambil kesempatan

nasib baik la aku tak PUASA SUNAT ISNIN hari ini. *cover baik punya, padahal nak puasa ganti. boleh ZERO pahala kalau aku puasa hari ini. mana tak nya, dah berbakul berguni berlori aku merampuih sakit hati hari ni.

1 hal masa kat sekolah tadi. gila kau penat memekik suruh budak-budak bawak bertenang. macam kena sampuk gempa bumi je budak-budak dalam kelas tadi. kalau keterujaan TAHAP MELAMPAU nak belajar pun payah gak aku nak handle kelas. walaupun tak puasa, tapi rasa macam puasa je. kering betul tekak ni. dah la tak sempat pergi kantin. jadual padat sangat-sangat hari ni.

okey tutup cerita hal kanak-kanak bawah umur kat sekolah. masuk cerita yang buat berkurang-kurang pahala aku. GERAM WEH!

macam yang dah diketahui umum, sekarang ni tempoh berkabung seminggu sempena kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail. so, kena la sentiasa pakai tudung putih. dah nak dijadikan cerita, aku bawa sehelai je tudung putih kat rumah sewa ni. aku mmg kurang gemar sikit pakai tudung putih. aku lagi prefer cream. konon-konon rasa lebih jelita la bila pakai cream.

masa packing barang nak ke rumah sewa hari tu, aku tinggalkan semua tudung putih aku. ada la dalam 3 helai. aku bajet bawa sehelai pun dah cukup la. HA PADAN MUKA AKU! minggu ni tiap-tiap hari kena pakai tudung putih. tak kan nak pakai tudung yang sama je pulak kan. MALU BEB kalau budak tegur "cikgu pakai tudung semalam ke?" GILA KAU JATUH IMEJ AKU!



maka dengan itu, terhegeh-hegeh la aku pergi tesco terbau tadi cari tudung putih. MAK AI! 1 tudung putih pun tak jumpa. SOLD OUT! macam pisang panas la pulak. then aku jumpa shawl putih. dalam hati aku dah jerit YES! YES! FOUND IT.

okey, aku pun dengan bersemangat waja terus je sambar shawl tu. plain shawl. kain gorget. *betul ke ejaan aku ni?? kau buat-buat tau je lah ek shawl yang aku maksudkan tu. aku tengok kat tanda harga RM15.90. masih dalam keadaan boleh mengawal diri. aku predict dia saja je letak harga cam gitu. then aku tanya berapa harga ni kak. kau tahu dia jawab apa? RM15.00 dik . OMG!! ini membuatkan aku menjadi BERANG. gila ke apa mahal. biasanya aku dapat 2 helai tau kalau bayar harga RM15.00. okey, FINE! aku boleh terima la kalau harga dia RM10.00 sehelai. kira normal la harga tu. tapi masalahnya RM15.00 untuk sehelai memang melampau!

memang gila ambik kesempatan waktu orang dalam kesusahan betul la. sampai hati akak tu jual mahal kat aku. dan aku dengan berat hati dan dompet, terpaksa beli jugak la dengan harga MAHAL cam tu. aku dah tak larat bertekak dengan akak tu. lagipun aku dah tahap gila punya penat, tak sanggup lagi kaki ni nak merayap seberang jalan pergi JUCSO pulak. PASRAH JE LAH!. tak pa-tak pa! ADA LORI ADA BAS! kau ambil kesempatan hari ni, esok berkali-kali orang ambil kesempatan kat kau pulak. sekarang ni, SEMUANYA DIBAYAR CASH TAU! tak payah tunggu esok lusa, dalam 2,3 minit pun dah buleh dapat balasan.


ishhh*** apasal aku emo sangat ni. tak baik doakan orang dapat musibah. *__*'