Saturday, January 16, 2010

ini mmg tak sesuai untuk tatapan ibu mertua.


gambar dari sudut yang kelihatan seperti kemas dan masih suci tanpa ternoda dengan segala bagai barangan. cuma ada kotak buku, kotak kasut dan kotak printer di situ.


dan ini pula dari sudut yang bertentangan;


ya ampun!!! bilik anak dara mana la ni. tongkang pecah pun lagi cantik. KALAU aku la jadi tuan bilik tu, memang malu nak mengaku tu bilik aku. buat malu kaum je kan. MEMANG AKU TAK KAN MENGAKU!!


nota untuk ibu mertuaku;
BAKAL MAK MERTUAKU, MENANTUMU INI AMAT BUSY SEPANJANG MASA. TAPI MAK JANGAN RISAU YE, MENANTUMU INI AKAN MEMASTIKAN SEGALANYA BERJALAN LANCAR TERUTAMANYA LAKIKU IAITU ANAK EMAK. JANGAN PADAM NAMA BAKAL MENANTUMU INI YE HANYA KERANA GAMBAR-GAMBAR TONGKANG PECAH TU.


yeah, tadi aku dah berjaya beli langsir. colour pink gitu. bilik aku pun dah berkemas.dah tak semak macam tongkang pecah lagi.

sekarang ni tinggal nak beli katil, tilam, karpet dengan meja solek. tak sabar betul nak dapat gaji. CAVENZI ni tiap-tiap hari la pulak campak iklan depan pagar rumah aku. TERGUGAT IMANKU!!


9 comments:

Unknown said...

Fuhh nasib baik Mak aku tak buka blog nie . Kalau tak susah kita . Muahahahaha

Didi Nadhirah said...

bile dh dapat gaji makin seronok nk decorate bilik

erysweetie said...

hehehe...nnt dah decorate,kene buat post lagi yerk~

..izza.. said...

jelesnye...leh beli barang cavenzi...sini xde

ada m0khtar said...

sila cover segalanya dari mak ko ye touyakaruma.. hehehe..

tu la excited sangat nak decorate bilik sekarang ni, tapi kena tunggu gaji dulu. okey nnt i dah decorate, i tanyang kt sini ye. kalau dapat peri ikea lagi besh ni. hehehe

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

giler ko...
kat bloh nie ramai kaum² ibu...
mane tahu bakal ibu mertua ko juga ade disini...
abis ko...
hehehehehe...

[s][u][e][h][a][n][n] said...

kadang2 rasa seronok tau nak buat sepah2 ni..hahahhaha mak mertua sekarang modern...dia pun masa muda2 buat gak :P

ada m0khtar said...

hehehe.. alamak, jatuh la saham aku ek.. tapi tak pa, jangan riso segalanya masih dalam rahsia.,

ada m0khtar said...

a'ar kan, mak mertua pun mesti gak gini gak kan masa zaman dolu-dolu.. hehehe