Wednesday, December 30, 2009

tips hilang 4kg dalam masa 3jam

mahukan badan solid molid ala-ala model slimworld?? ye, macam badan aku la tu. dasar perasan! ye mmg aku slim pun, tahap kurus kering. okey, aku ada tips berguna untuk mereka yang mengalami masalah berat badan, peha drumstick, bontot lebar, lemak mengelebeh dan sewilayah dengannya.


caranya mudah sahaja. hanya memerlukan sebuah basikal. kalau tak ada, pinjam je basikal anak jiran sebelah rumah. kalau tak da jiran, boleh sewa je basikal. dan ini lah peserta program buang lemak anjuran aku bersama basikal yang disewa. dua jam 5ringgit. berbaloi-balai demi lemak yang mengelebeh tu.


peserta PBL (program buang lemak). muka cekal je masa register. berani menyahut cabaran demi badan seperti kerengga.


peserta yang paling cekal. sungguh aktif dan harus dicontohi oleh peserta lain. tengok! buktinya baru je beberapa minit register, dia sudah dapat potongan badan yang sewilayah dengan aku. tahniah kepada dia. peserta contoh ni tau. *sengal je. buleh percaya la sangat. hahaha . minah ni mmg dah sedia slim la sejak azali kejadiannya. takpa, anggap la penipuan aku tadi sebagai motivasi untuk bakar lemak-lemak tegar tu ye.



setelah 30 minit berbasikal naik turun bukit, inilah yang terjadi. muka sudah hampir mejadi hijau!!. nasib baik bawak bekal air. nampaknya peserta memerlukan rehat selama 5 minit.






selain membakar lemak, peserta juga disemai dengan semangat cintakan alam sekitar serta cintakan sayur-sayuran dan buah-buahan yang mempunyai vitamin baik untuk tubuh badan. harus singgah bergambar di ladang buah naga, ladang buah betik, ladang buah limau, ladang buah labu, ladang sayur kangkung, ladang cili...... banyak weh nak list. tubuh badan akan sihat sekiranya amalan pemakanan yang sihat diamalkan. seperti yang disarankan, pengambilan diet sayuran dan buahan adalah sangat berkesan. ayat skema di dalam kelas. hahaha..


meneruskan mendaki bukit. sila guna gear rendah ye. bagai nak tercabut kaki aku kayuh basikal ni. dah tak tahan, aku tolak je basikal tu. TERCUNGAP-CUNGAP!!!!!!



ini yang terjadi apabila segala tenaga sudah pada level warning. siap bunyi siren bip bip bip. bagai nak pitam weh!!! nasib baik gak la ada bangku ni, kalau tak mmg dah sah aku terbaling guling-guling atas jalan tu je. kena ambil masa 5 hingga 10 minit jugak untuk recover ni. dan seketika kemudian, terus begini;

kau mmg dasar gila kamera!! sambung bergambar. hahaha.. motip membuang lemak di peha diaorang tu sampingan je act. motip utamanya adalah bergambar sampai muntah. peserta program sudah tinggal 2 orang. sudah ada yang menarik diri nampaknya. dia sudah bersenang lenang dibawah bukit menikmati pemandangan kolam ikan sambil makan ice-cream markisa. cis!!!


okey, apabila sudah kehilangan lemak mengelebeh, program diteruskan dengan aktiviti amalan pemakanan yang sihat ;makan sayur je tau. fresh dari ladang ni. semuanya dibaja dengan baja organik. mmg gila sihat!!! aktiviti melantak sampai buncit.


berkhasiat, lazat dan fresh! patut cuba air buah naga ni tau. dadih buah naga ni mmg besh. sejuk je masuk kat kerongkong ni.

lokasi penggambaran; ZenXin Organic Park, Kluang, Johor.

tak da maknanya kalau setakat sekali tu je kau berbasikal keluar peluh, lemak bagai nak rak. pastu sepuluh tahun kemudian pulak baru nak keluarkan peluh balik. banyak cantik kau nak kurus cam gitu. mmg tak terbakar la lemak pejal kau tu.


7 comments:

Unknown said...

yang baju kuning tu dah badan macam model dahh..berkesanlahh kiranya PBL ni kan??tahniahh.nice entry.

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

bagusnye...
dah la program guna pemakaian yg tak sesuai...
minum siap ade ice cream...
sgt baek nasehat kamu...
hehehehehehe...
ape² pon...
ENJOY..!!!

ezzati said...

xde beskal..huhu..pastu takot nk naik beskal kalo ada pon..siyes tkt..

ada m0khtar said...

thanx cassendra & senja. u all nak join gak ke program ni? hehehe


ala jangan la takot ezzati. nnt i ajarkan. hehehe

PN[asam]pedas said...

ahaaa:..
program camnilah yang ramai tunggu kan??
penganjur yang berbakat:..

psst..:bestnyerlah buah naga:..

ada m0khtar said...

hahaha.. berbakat la sangat. tempat tu best tau. penuh dengn buah naga. boleh beli fresh.

Nizaa said...

suma slim melim ja tgk..tak yah kot masuk program PBL nih...hehehe

http://kancilbiru.blogspot.com/