Tuesday, September 21, 2010

tribute to all UPSR candidates


dup dap dup dap
sebagai seseorang yang memakai name tag hitam tulisan putih serta mempunyai tangan kasar kerana setiap hari memegang kapur tulis yang berdebu dan menyesakkan hidung itu, maka jantung berdegup sangat laju hari ini, esok dan lusa.

rupanya debaran cikgu lagi mencemaskan dari debaran seorang murid. rasanya masa aku exam UPSR dulu, aku cool je. cool la sangat kan sampai termuntah dalam dewan exam masa paper english. haha.. tapi hakikatnya aku rasa lagi berdebar sekarang berbanding masa tahun 1998 dulu. dari semalam rasa nak termuntah, siap berpakej dengan sakit perut memulas. masuk kali ni dah 3 kali pergi toilet tau. huh! sangat tak suka keadaan begini. dah macam nervous nak jumpa tok kadi la pulak kan. ceh! memandai je, padahal tak da pengalaman pun.


kepada anak-anak murid SKTPW ku. cikgu mendoakan kamu semua dapat menjawab dengan baik, kamu beri petunjuk. insyaAllah A akan menjadi milik kamu semua. cikgu halalkan semua yang telah cikgu berikan kepada kamu. cikgu maafkan semua kesalahan kamu, cikgu sayangkan kamu... jawab semua soalan dengan tenang ye. semoga kamu semua mendapat keputusan yang cemerlang... amin...