Wednesday, September 29, 2010

jenis kekasih yang mana ye aku ni


Salam... petang tadi saja geledah magazine lama. then baca tipcinta dalam dara.com bulan ogos lepas. menarik!! 

macam menggatal je kan bila baca tipcinta cintun ni. *__* meoww.. tetiba rasa malu. huh! gedik!! ala tak salah pun baca benda-benda macam gini. bila baca tipcinta ni dapat gak aku cermin diri sikit. boleh baiki diri kat mana-mana part yang kurang. at least dapat buat relationship aku jadi semakin berbunga-bunga cinta. *__*  . jom-jom, aku share kat sini tip beza antara kekasih biasa dengan kekasih sejati. sama-sama la kita fikir yang mana 1 kita ni. baiki mana yang patut. 

1.
kekasih biasa; selalu ingat senyum pada wajah kamu.
kekasih sejati; selalu ingat senyum dan tangis pada wajah kamu.

2.
kekasih biasa; setiap detik selalu menunggu panggilan dari kamu.
kekasih sejati; setiap detik selalu menghubungi kamu.

3.
kekasih biasa; selalu mendoakan kebahagiaan kamu.
kekasih sejati; selalu berusaha memberi kamu kebahagiaan.

4.
kekasih biasa; mengharapkan kamu berubah demi dia.
kekasih sejati; dia sanggup berubah untuk kamu.

5. 
kekasih biasa; selalu memikirkan sebab perpisahan.
kekasih sejati; tidak sanggup berpisah dengan kamu.

6.
kekasih biasa; berfikir bahawa pertengkaran adalah pengakhiran buat segalanya.
kekasih sejati; berfikir, jika pernah bertengkar itu bukan disebut cinta sejati.

7.
kekasih biasa; selalu bertanya mengapa kamu selalu membuatnya sedih.
kekasih sejati; selalu bertanya pada diri sendiri apa yang membuatkan kamu sedih.

8.
kekasih biasa; selalu menyatakan kamulah yang diimpikan selama ini.
kekasih sejati; akan sentiasa berhati-hati dalam berjanji kerana dia tidak ingin kamu kecewa.

9.
kekasih biasa; melihat semua yang telah dia berkorban untuk kamu
kekasih sejati; melihat semua yang telah kamu korbankan untuknya.



ha! renung-renungkan dan selamat beramal *___*