Friday, August 13, 2010

persediaan syawal seawal 1 ramadhan

yes, abang cavenzi dah sampai. dah seminggu menunggu abang cavenzi berlori besar ketuk pintu pagar rumah aku. and finally, cantek je timing. tengahari 1 ramadhan abang cavenzi menunjukkan batang hidung depan pagar.

yeap yeap huureey!! kalau la aku boleh tunjuk kat kau muka aku tengah sengih tahap ke telinga. tapi better tak payah tunjuk. nanti mesti kau mengutuk muka aku yang comey ni. =) 



taraaaaa!!! since gaji first aku mengidam nak beli sofa. and finally after seven months i got it. yeah! yeah! see... bukan main seronok aku tau. bontot dah tak sakit lepas ni. maklum la badan extra slim.. kusyen tak cukup embuk. sekarang dah boleh mengadap depan tv dengan jayanya sampai lebam biji mata. 


1 set sofa harga RM188. 2 coffee table for RM99 per unit. murah gila kan. i love cavenzi!! 
tapi kalau ada ikea kat jb ni aku mesti lagi gila. bila la agaknya nak ada ikea kat sini. tak sabar nak membeli dan membelah untuk rumahtangga. 




raya nanti jemput la datang beraya kat rumah i ye. i dah tak segan nak jemput tetamu masuk rumah sebab tetamu i akan selesa duduk kat sofa baru i. lebih kurang macam sofa raya la ni. okey, maknanya kena order biskut raya banyak la cam gini. preparation untuk menyambut tetamu yang ramai terutamanya anak-anak kat sekolah aku tu. jangan kau orang datang nak mintak duit raya je sudahnya. 5 sen sorang mampu la aku bagi..
gila kedekut punya cikgu. haha...hello, aku ada banyak benda la nak beli tau. langsir baru, meja makan baru, dapur baru, carpet baru, baju raya 10 pasang, kasut raya 10 pasang.

okey, dah bubye. nak pergi buat bajet untuk raya. 



5 comments:

saya_arief said...

sofa xmau..
nak kuih2 + duit raya manyak2..
:D

cik ciiima said...

woww....best2

leh ar pi raye umah kak...hahahahahaha

ada m0khtar said...

5 sen je untuk sorang ye... hehehe..
kueh xda hal.. dah order banyak ni..

ada m0khtar said...

mai la... anda dijemput... haha

aziehoneys said...

wah.. best2.. umah da de sofa baru.. ;p
mesti hobi decorate umah plak an pasnei.. hehe