Thursday, July 15, 2010

terapi double S

double S. apa maknanya? size xs ke? okey, mari dekat-mari dekat. malam ni i nak share 1 therapy. i dah lama praktikkan benda ni. agak berkesan untuk beberapa ketika. kadang-kadang untuk jangka masa panjang, kadang-kadang kalau nasib tak berapa baik berkesan untuk jangka masa pendek je. tak kisah la, at least still berkesan gak kan.

the first S  for:

STRESS


and the second S for:

SHOPPING


caranya mudah je. bila stress tahap muka berkerut-kerut, mulut terkumat kamit nak mencarut maki-maki, nafsu makan membuak-buak macam orang 10hari tak makan, sembelit tiba-tiba je datang. apa yang anda harus buat adalah, start enjin kereta pergi mall. bawak segala cash yang ada. bawak sekali atm cards. lagi afdal kalau bawak card credit. tak ada mood nak keluar rumah. okey, jangan risau. terus on laptop. search ebay, mudah, or segala apa online shop. mudah, ringkas, dan efisyen. pilih mana-mana yang ada berkenan dan bayar. selesai urusan jual beli, maka selesai la stress anda tadi. tak percaya? kau try je dulu. nanti kau mesti kata, "a'ar la, betul kata ada. terapi double S ni memang best".


WAARGGGHH!!! 
tahap kebesaran bapak dinasour aku tengah stress + geram + angin + sakit hati + apa-apa jelah yang sesuai. tegak segala bulu roma aku hari ni rasa nak mengamuk dengan admin. meroyan apa entah diorang hari ni tiba-tiba je nak cari pasal. selama ni aku kerja baik-baik, tak pernah buat hal pun ada jugak cerita tak elok. suka hati diaorang je nak kata selama tujuh bulan aku dengan geng-geng baru kerja ni tak ada buat apa-apa. tak ada sebarang perkembangan langsung. hello!! bukak mata luas-luas. bukak otak! bukak hati!. tengok dan fikir betul-betul sebelum cakap, sebelum nam sembur je. perkembangan yang macam-mana diaorang nak aku pun tak tahu. nak aku banting tulang bina bangunan baru agaknya baru diaroang puas hati. yelah baru sekolah tu berkembang kan. tak pun nak aku bukak cawangan baru untuk sekolah tu. please la, aku bukan makan gaji buta. yes i know, tugas cikgu bukan masuk kelas setakat mengajar saja. dan bukan tu je yang aku buat selama ni. okey, fine! esok jugak aku buat list segala apa yang aku dah sumbangkan idea, tenaga, peluh, duit, apa-apa jelah. dah berapi telinga aku dengar ayat sekarang ni buat kerja apa-apa pun kena menunjuk baru orang tau. okey, aku buat macam gitu lepas ni. then aku tak nak ada bunyi bising-bising "eleh, poyo je. budak baru nak berlagak pandai pulak. kalau tak ada pengalaman 16 tahun mengajar tak payah la buat macam gitu". memang sah aku maki depan-depan jugak kalau ada bunyi gitu lepas ni. 


HUH! emosi la pulak.cukup-cukup! kembali ke ruangan terapi double S. rasa nak shopping jubah pulak malam ni. selalu kena perli je pakai kebaya pendek, so lepas ni nak pakai jubah pulak. jangan jealous kalau i tetap maintain vogue macam pakai kebaya walaupun pakai jubah ye. 


geram i dengan yang colour cream tu. muslimah sejati gitu.


see! conform i vogue kan kalau pakai jubah-jubah ni. harus la ternganga mereka-mereka itu. dah gaya macam majlis bertunang la pulak. peduli apa, ada aku kisah. duit aku kan. lagipun nak tunggu majlis tunangnya tak tahu bila lagi. sukanya jubah-jubah tu. pening pulak kepala nak pilih yang mana 1. lagipun risau jugak kalau tak muat. maklum la spesis special size kan. tak pa lah, kalau besar hantar je kedai alter =)

search la pretty collection closet kalau berkenan nak pakai jubah-jubah vogue ni. harga sangat cun. tak sampai 2ratus ringgit pun. size dari s smpai xl. 



3 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

ade ade dua2 masalah nieh...
;)

Sofia said...

jubah skrg mmg best.. sbb byk yang versatil, colorful..

sll pakai hari jumaat biar nmpk cm mulimah sejati ckt.. kekeke...

ada m0khtar said...

hehehe... therapy aku mesti berkesan la encik senja...

tu la sofia,.. i pun pakai hari jumaat... solehah but still vogue... hehehe