Tuesday, July 13, 2010

ubat-ubatan di dalam laci untuk dihabiskan

ni sambungan cerita wabak tikus semalam. okey bukan, wabak cirit birit yang sebenarnya. nampak sangat macam ketandusan idea nak tulis cerita lain kan. bukan! bukan! bukan begitu! aku ada je cerita lain nak tulis. tapi tak dapat nak upload gambar untuk cerita tu pulak. mr ehem guna camera gabak sama berat dengan aku tu, then dia bagi aku pinjam kamera kiut miut dia. malangnya, card reader aku tak ngam dengan memory card camera kiut dia tu. netbook kiut aku tak ada 'slot' untuk card reader. sesuka hati aku guna perkataan 'slot'. entah, aku tak tahu nak guna perkataan apa lagi. asal kau paham sudah. tu la nak sangat beli netbook kiut + murah. time ni baru nak rasa 'ala, kan bagus kalau ada ni. kan bagus kalau ada tu. bla bla bla balasangkaran!. 

so, buat sementara waktu ni gambar-gambar adalah terhad dan stok lama punya ye. ceh! macam la selama ni aku sentiasa upload latest picture dalam latest entry aku. harus la poyo kan! segan la pulak asyik nak pinjam laptop housemate semata-mata nak transfer gambar. tetiba terasa ada sifat malu-malu meow disitu. 


Yeah! dengan muka separa happy mendapat MC. kenapa separa je? sebab aku dah tahap kering air tercirit kau tahu. dah tak ada kudrat nak sengih depan camera. doktor nak bagi MC sampai seminggu, tapi aku ni je yang tak nak. aku cakap, 'sehari cukup la doktor. saya tak sampai hari nak cuti lama-lama. saya rasa bersalah bila tinggal budak-budak kat sekolah. saya rasa bersalah bila cikgu-cikgu lain tolong gantikan kelas saya. saya rasa bersalah bila tidur lama di rumah. saya rela pergi kerja walaupun sakit doktor'. 

PROPA SEMATA-MATA!


bertambah lagi stok ubat kat dalam laci aku. dah buleh bukak farmasi aku rasa. kau sebut je nak ubat apa, nanti aku jual kat kau ye. harus la jual. kau ingat aku pergi klinik free ke. okey, aku diskaun la sikit. 30% boleh? ubat cirit birit, ubat selsema versi mengantuk dan versi tak mengantuk, ubat demam, ubat batuk, ubat tahan sakit, ubat sakit tekak, ubat sakit perut, vitamin c dan stok terakhir ubat gatal. berminat e-mail aku *__*



2 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

makan, jgn simpan..
;)

erinashar said...

ahahahha....erm berlambak2 gak ubat kat uma ak...
da taw sakit bukan nk makan ubat pom..
nak dapatkan Mc je kan..ahahhaha
g jual jela kat farmasi..ne taw dapat sekeping dua ke kan...heeeeeee