Monday, July 12, 2010

mencari doremon untuk dijual


bagusnya kalau aku ada poket doremon. request je, pastu seluk-seluk poket. then sebut jeng, jeng, jeng, sambil tangan keluarkan barang dari poket letak depan muka. untung betulkan binatang bulat-bulat biru tu. semua benda jadi senang je. TAPI macam tak sesuai pulak kalau kat perut aku ni tiba-tiba je ada poket. hilang la kesliman aku ni. dah tak boleh pakai baju ketat-ketat pulak kan. tak pa la kalau tak boleh ada poket kat perut, aku sanggup je bela binatang bulat-bulat biru tu. kat mana ada jual binatang tu. kena bid kat ebay ke?


hishhh!!!

tak laratnya nak bangun tukar baju, tempek bedak kat muka, turun tangga, bukak pintu, bukak pagar, start enjin kereta, tekan minyak, pulas stereng, park kereta, jalan, bukak pintu klinik, tunggu cik mici panggil nama, masuk bilik doktor, bagitau doctor saya tak sihat, cirit birit, selsema. saya nak mintak ubat dengan mc sebab pagi tadi tak pergi kerja.. nak mengeluh skali lagi HAIIIHHSSS!!

kalau ada doremon mesti semua ni dah settle kan. dah ada ubat dengan mc depan mata aku sekarang ni. setakat belanja dia makan dorayaki, sonang ajo. mengeluh lagi sekali haiiishhh!!  dah, cukup la berangan nak bela doremon! baik la aku siap-siap sekarang pergi klinik cepat. tak ada nya ada orang nak datang usung aku pergi klinik. chow!

5 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

hahahaha..
berangan jew la..
;)

NAZ said...

kena hafal mantera penjelmaan dulu ahaha

ada m0khtar said...

mentera apa ek nak kena hafal ek...?

kurawk said...

kalau doraemon ade saya nak suruh die bagi kfc hari2..hohoho

ada m0khtar said...

wah.... taste tinggi,.. hehehe.. nasib baik u tak mintak secret recipe hari-hari.. hehehe