Friday, July 9, 2010

blog i jadi tempat mengedap


OMG!!! dah jadi lokasi menyerang hendap si mata ketumbit kau. sentap mak tau! ini blog orang baik-baik ye tuan-tuan dan puan-puan. tempat untuk mencari ilmu, keberkatan, hormat pada ibubapa, guru-guru, guru besar. sudah, tetiba perasaan jadi wanita solehah pulak.

berani-berani sungguh ada yang nak menyekodeng.  hello penyengodeng! apa kau ingat blog aku ni taman skodeng ke. ya ampun!!! pergi cherating la kalau kau nak buat kerja-kerja part time or full time macam gitu. tetiba gak main pick je nama cherating. tak pasal-pasal je aku dah tabur fitnah pulak kan.  okey, tarik balik yang pergi cherating tu. 


analytic for this week. si mata ketumbit guna keywords zon skodeng. pastu berpakej dengan kebaya bontot pulak tu. yang aku tahu kebaya nyonya, kebaya kota bharu, kebaya sulam. tak pernah lagi aku dengar ada kebaya bontot. kreatif  betul orang yang guna keyword tu. yang paling aku tak tahan nak gelak, ada juga rupanya orang search keywords mengada-ngada blogspot. mengada-ngadakan i??


SKODENG. see! popular kau word skodeng ni. aku memang pernah guna word skodeng tu, tapi untuk review blog-blog yang aku suka jalan-jalan. tapi aku tak sure la pulak keyword yang orang tu guna untuk search apa yang sebenarnya.

lepas ni aku nak buat entry ilmiah lepas tu guna perkataan yang tawaduk sikit. rasa sejuk sikit hati bila keywords yang datang ala-ala macam gini 'koleksi doa','isteri solehah', 'panduan solat', adab bercakap telefon','adab melayan tetamu'.  berangan je lebih kau. sorry la ye, i terperasan wanita solehah pulak. tapi kalau kau nak entry adab bercakap telefon, adab layan tetamu, adab makan, jangan malu-malu request ye. aku sudi je nak scan buku pendidikan sivik dan kewarganegaraan untuk kau. aku dah master tajuk ni, 8 kelas aku dok membebel pasal benda ni tau.

mulut dah berbuih kat kelas, sekarang jadi dah melecet picit keyboard dengan keypad. aku dah pening ni sekejap tengok laptop, sekejap tengok hp. so, last word, bubye. aku nak tumpu perhatian bermesej dengan mr ehem pulak. chow =)



5 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

masej la...
lepas kan windu...
;)

a kl citizen said...

tersenyum sorang baca keywords yang tersenarai tu

entri terbaru saya : FIKIRAN TIDAK TAJAM

ada m0khtar said...

tengah dating dengan mr ehem ni... hehehe...

tu la entah pape je keywrds yang diorangs search kan..

Anonymous said...

test2, cobaannnn...

ada m0khtar said...

test2 apa tu....