Thursday, June 17, 2010

masa mengubah kejadian aku dan dia


pantasnya masa bergerak. gambarajah ni masa shopping raya last year.budak tu sungguh renek ketika itu. paras telinga aku je. ye, aku tengah menyebut tentang budak ditengah-tengah tu. di zaman jahilliah dia.


dan sekarang dia telah membesar dengan jaya sehingga mencapai ketinggian yang sangat hampir dengan kakak sulungnya ini.. padan muka aku, sekarang dia dah boleh pakai semua baju aku, semua kasut aku. maka semua harta benda aku dah dapat diwarisi oleh dia. baju yang dia tengah pakai tu hak milik aku hokey!

tahniah kepada dia, dan sekali lagi PADAN MUKA AKU. pantasnya budak itu membesar. pipi, peha dengan bontot lagi besar dari aku pulak tu sekarang ni. haiiishhhh!!! sungguh jealous sekali. nasib baik juga peha dengan bontot dia lagi besar dari aku, selamat semua seluar-seluar aku dari berubah milik.

tak suka! tak suka! kenapa asyik nak story pasal saiz badan dan ketinggian diri ni. dush! dush! dush! haruskan aku jumpa kaunselor atau tok bomoh serta pawang!

3 comments:

a kl citizen said...

kakak pemurah memang camtu...
tak pe, buat kebajikan untuk adik sendiri apa salahnya kan

ayin~weeweet said...

saya kaunselor..ada boleh bantu?

hahaha peha saya pon besar jugak.hahahaha

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

xperlu...
jumpa pawang ke hape tetap same...
;)