Tuesday, June 15, 2010

i sedang cuti tapi i sangat sibuk


pak pak pom pom. tak reti la nak menterjemahkan bunyi kompang dengan real. halal jela bunyi kompang sumbang rekaan semata-mata aku tu.  ha! tu aku sertakan lampiran gambar yang buat aku sangat sibuk di waktu cuti yang sepatutnya aku boleh tambah 3, 4 kilo lemak kat peha dengan bontot ni. sibuk siapkan bilik pengantin, siapkan meja makan pengantin, bawa pengantin pergi bersiap kat studio, berlagak pandai jadi photographer, sibuk belasah hantaran yang ada chocolate comel-comel tu. tulis list kesibukan ni je pun dah buat aku penat tau.


 selamat pengantin baru kepada maksu ziana dan paksu baru.  semoga berbahagia ke akhir hayat dan cepat-cepat la tambah koleksi kanak-kanak riang kat rumah tok wan tu. selamat pengantin baru juga kepada kawan-kawan yang selamat diijab kabulkan sepanjang cuti ni. semoga korang juga berbahagia. AKU JELES WEH!! aku pun teringin nak ada perasaan nervous time laki aku salam dengan tok kadi. DUSH!!! tetiba menjadi gedik. 

 tu baru kesibukan untuk kenduri maksu je. aku belum buat list kesibukan-kesibukan yang lain lagi sampai aku tak sempat nak update blog, tak sempat nak ziarah-ziarah blog. pagi-pagi kena hantar adik-adik pergi kelas agama kat balai. lepas tu kena jadi driver mak pergi pasar. kena beli ikan talang masin, rebung masam, nasi lemak, laksa, santan. lepas tu kena ambil adik-adik pulak. lepas tu membuta kat sofa konon-konon khusyuk tengok tv. lepas tu bangun makan kedarah. lepas tu sambung buat tahi mata lagi. lepas tu bangun tanda kertas budak sekolah. ada 11 set semuanya. bergelodak semua isi perut aku tanda kertas budak-budak sekolah tu. merepek tak tentu arah je. ada jugak la kena cepuk naik sekolah nanti.

tinggal 5 hari je lagi cuti aku ni. minda, badan dah berpakat jadi tak keruan ni. nak cuti lagi! nak sambung cuti lagi! cuti tak cukup! nak apply cuti setahun! tapi gaji nak tiap-tiap bulan. DUSH!!! kehendak hati yang sangat bersifat kanak-kanak malas nak bangun pagi pergi sekolah dan tak masuk akal. banyak cantik muka aku kan.


4 comments:

Za Wani said...

cantik mekap pengantin tuh :)

naz said...

u bila lagi? haha jemput ok

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

waa...
berseri2...

ada.m0khtar said...

makeup kat romzy studio kat alor star...

u doa2 la rombongan meminang cepat smpai kat umah i ni.. hehehe.. harus la i jemput u'ols..

pengantin mesti la shining.. hehehe..