Tuesday, May 18, 2010

selamat hari guru CIKGU


hollaa... wah pandai betul aku berpura-pura busy kan sampai dah lama tak update sepatah apa pun kat sini. act, tak ada la bertimbun-timbun sangat kerja sampai tak menang tangan nak update. cuma aku ni yang tba-tiba rasa tak ada mood nak menaip. mood membuta dan bergolek-golek je yang ada.

banyak betul story yang aku nak update, sampai tak tahu nak mulakan yang mana 1 dulu ni. mengenangkan mood teacher's day tengah hangat sekarang, so aku update story ni dulu la ye. insyaAllah story morry lain akan menyusul. tengok pada tahap mood serta emosi aku. mengada-ngada betul sekarang ni, asyik emosi tak stabil je.

tahun ni baru aku betul-betul dapat feeling sambut hari guru sebagai guru. masa kat maktab, feel tu tak berapa sampai lagi. maklum la masa tu tak bersungguh sangat pun memerah keringat mengajar. feeling tu bertambah-tambah menimbun bila

.
.
.
.
.

lenguh tangan I membuka hadiah. terharu juga aku bila budak-budak ni susah-susah je bagi hadiah kat aku. tak sangka ada juga budak nak bagi hadiah kat aku. yelah aku ni selalu je mengamuk-ngamuk kat diaorang. muka bengis je kan.


terima kasih ye murid-murid cikgu. jadi budak yang baik, dengar cakap ibu bapa, belajar bersungguh-sungguh, jaga sahsiah... bla bla.. kepada cikgu-cikgu yang pernah mendidik aku, aku ucapkan ribuan, jutaan terima kasih. tanpa berkat kesabaran cikgu-cikgu mendidik aku dulu, tak mungkin aku boleh ada pada tahap sekarang... terima kasih cikgu.

=)

3 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

waaa...
selamat hari cekgu...
=.=

Nurul Kornain said...

ape perasaan dah keje ye cikgu? best tak?

ada.m0khtar said...

tenkiu =)

ada best, ada xbest... hehehe..