Friday, May 7, 2010

bulat itu bola. petak itu gelanggang futsal.


tajuk nak berpuitis bagai. saja nak membelit otak sikit, padahal boleh aje aku tulis tajuk tu 'anak dara dan mak dara menyorak pasukan futsal SKKU' . kan lagi mudah nak faham. hujung minggu lepas aku menghabiskan masa dan tenaga dengan bestfriend forever aku tu, cik farah. sekolah dia organize tournament bowling. Eleh, sekolah aku pun ada buat jugak. aku menang naib juara kategori guru wanita hokey!! haha harus mention benda ni. ibarat kata Gb aku, dunia sekarang ni kalau kita tak hebahkan kepada orang, orang tak kan tahu. Okey, balik kepada motif utama, farah dengan berbesar hati import aku jadi team partner dia. gandingan kitaorang memang mantap sehingga tak menang apa-apa kategori. hehehe... ala, bukan kitaorang yang tak power ranges, tapi condition bola tu yang tak best. pastu longkang dia terlampau besar. haha boleh pulak nak salahkan boling skudai parade tu.


tutup cerita pasal boling. sekarang bukak cerita pasal futsal pulak. minggu lepas memang aku menyokong kempen mengeluarkan peluh, majulah sukan untuk negara. after kelenguhan kakitangan melempar bola boling, esoknya aku ikut farah jadi pom pom girl team futsal sekolah dia. banyak buah sekolah jugak la yang join tournament futsal anjuran KELAB GURU JB ni. nasib tak baik, sekolah farah, SKKU tak dapat ke final. tapi diorang ni main memang best. sengit betul. yang penting 'ENJOY'


ni la kapten pasukan sorak SKKU, akak dang. penuh semangat beb! kalau boleh dia yang nak gantikan player kat dalam gelanggang. tu kalau tiba-tiba ada yang tendang bola tuju ke muka, memang patah gigi la jawabnya.


SKKU pakai jersi warna oren. yang biru tu aku dah lupa pulak sekolah mana.


barisan pom pom girl. bergema gelanggang futsal tu dengan suara kitaorang je. wisel pengadil tu boleh tenggelam. 'bila suara kami berpadu, goal keeper mula gelisah' . boleh jadi tagline la pulak.

aku dengan akak sal. happening la kenal diorang ni. walaupun baru je kenal, tapi memang sekepala.


orang kuat ni. tak ingat la pulak nama cikgu ni. tengah plan strategi tu.


photo cun yang wajib ada antara kami.


masa ni malu-malu lagi nak keluarkan suara-suara dan aksi-aksi berahi menyokong. malu-malu meow lagi orang-orang tua kata. on je game kedua, kat belakang goal keeper opponent kitaorang parking. psycho goal keeper dengan suara dan aksi lunak kitaorang. hahaha.. nasib baik tak pecah je gegendang telinga manusia-manusia kat situ dengar si farah menjerit.


pasukan oren yang dah tersadai. aku yang menyorak ni pun dah tahap lembik penat, ni kan pulak diorang yang terkejar-kejar dalam gelanggang.





overall ENJOY!

5 comments:

faqhrule said...

awat tak import ehem main? perut je boroi tapi main futsal baik tu

ada.m0khtar said...

dia balik kg hari tu... huhu.. ala lgpun aku ni pun pom pom giril import je.. kalau sek aku yg men, bleh r import dia... tu pun kalau dia xjual mahal r.. hehehe

nuRuLain_zAiNi said...

huhu..lama x berfutsal

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

memang nampak enjoy...
hehehehe...

ada.m0khtar said...

hahaha... sntiasa sebut yeap yeap hurreeeyyy tu...