Friday, May 7, 2010

yes! yes! yes!


yes! yes! dah hari jumaat. kerja setengah hari. hari untuk submit kajian tindakan. hari untuk berakhirnya penyeksaan menjadi pekebun jaya sempena Projek Lestari Alam Sekitar. sekolah aku tercalon bagi Parlimen Tebrau untuk program Jabatan Alam Sekitar ni. so aku sebagai seorang cikgu baru yang sangat FRESH dari ladang diberi mandat untuk menjadi pekebun jaya. habis makeup aku tiap-tiap hari berjemur tengah panas mengira berapa helai daun dah tumbuh kat pokok-pokok buahan kat dusun buah-buahan sekolah aku tu.

Gempak weh! ada dusun buah dalam kawasan sekolah. Sekolah kau tak da kan? okey, sila jealous. kau cakap je nak pokok buah apa semua ada. nangka, cempedak, durian, pulasan, cermai, salak, sukun, asam kundang, rambutan. banyak lagi la, tak larat aku nak list semua sekali. projek dusun ni baru je start tahun ni. setiap cikgu kena sumbangkan 1 pokok. aku dengan riang gembira menyumbangkan pokok jambu air. cepat dapat hasil tu. aku beli pokok yang dah siap ada bunga lagi. tak sabar nak makan hasil. kalau kau tak malu, jemput la datang dusun aku ye. CEH! ada hati mention perkataan 'dusun aku' tu.


okey, balik pada cerita asal. selepas jumaat hari SABTU... yes! yes! yes! tiga kali yes je sebab kena pergi sekolah jugak. ada aktiviti kokurikulum. kalau tak kena pergi sekolah yes tu kau kena baca sebanyak 10 kali. tapi syukur la, at least kena pergi sekolah setengah hari je. pukul 12.30 dah boleh balik.


DAN YANG PALING PENTING!!!!


dapat jumpa jantung hati. berlori-lori dah rindu kat mr ehem I ni.
tak sabar nak dating! tak sabar nak dating! tak sabar nak dating! nak tengok mr ehem I senyum. tak sabar nak borak-borak cerita panjang lebar dengan mr ehem. nak ngadu ada nyamuk kat dusun gigit I. jahat kat nyamuk tu. biar mr ehem pukul nyamuk tu.

B, I rindu kat U sangat-sangat =)

haha.... harus ke ada ayat gedik manja-manja untuk tatapan umum tu. kau pejam je mata buat-buat tak nampak kalau rasa geli-geli ye. ayat itu harus wujud sebab ye itu yang aku rasa sekarang.

2 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

berlori²???
lori besaq mane??
hahahaha...

ada m0khtar said...

mesti la lori angkut balak... hehehe