Saturday, May 29, 2010

alien mata lonjong yang ditinggalkan


semalam kan, semalam kan, semalam kan kita kebuntuan menggaru-garu kepala kat rumah. sampai hati housemate kita Dayah dengan Yan balik kampung tinggalkan kita terkontang-kanting dengan ina. periuk kat dapur pun diorang tinggalkan kosong. perut kita kan bergendang-gendang je. macam-macam lagu ada. dari Ghazal untuk cik rabeah sampai la lagu fantasia bulan honey star.


CAITTT!!! Ppoooraaaahhhh.

banyak cantik muka aku nak mengada-ngada tak reti pakai selipar, berdiri sendiri, start enjin kereta pergi kedai makan. pastu order bihun sup dengan teh o ais. dah sendawa, keluarkan purse bayar sendiri. OKey, aku dah buat pun semua tu. saja je buat ayat mengada-ngada rindu kat housemate. ini statement POYO! . mau nya berguling-guling jatuh tangga kalau si Dayah dengan Yan baca statement kerinduan aku tu. okey, aku mengaku.. perut aku rindu kat nasi goreng diorang.... HEEE =)


mengenangkan tinggal berdua je dengan ina semalam, so meronggeng la kitaorang. lupa pulak nak buat ayat tambahan. MERONGGENG PLUS MEMPERABIS DUIT!. bukan salah aku dan ina, semua ni salah keadaan. kami ditinggal kesepian dalam rumah berduaan. kau pandang muka aku, aku pandang muka kau. jadi kami ambil keputusan untuk pandang barangan-barangan dengan harga yang menarik dipasaran.


malas la nak cerita apa barang yang aku beli. yang pasti aku dah layak ada share saham kedai kain kota tinggi dengan Jusco tebrau tu. senang-senang pergi la ye lawat syarikat aku tu. pa ada hal setakat habiskan sekeping dua ringgit Malaysia kan.


alien mata lonjong yang ditinggalkan berduaan di rumah. tidak tahan untuk terus kesepian, maka mereka mengambil keputusan untuk meronggeng sepuas hati. gila romantik layan Shrek Forever After midnight bersama berdua-duaan.


pastu kena soal banyak pulak dengan pakcik polis tengah roadblock. dari mana, duduk kat mana, bla bla bla.. mr ehem pun dah tegur, perempuan berdua je bahaya keluar midnight. okey, baik. lepas ni tak pergi berdua. tunggu berempat baru pergi. berita paham. roger and out.




2 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

giler lonjong...
hahaha...
=)

ada.m0khtar said...

hahahaha... tapi still comey kan alien tu..