Sunday, May 30, 2010

21 hari





tadi baru je lepas tengok drama 21 hari kat slot cerekarama tv3. jalan cerita yang bagus ditambah dengan pelakon yang mantap. cerita pasal parent yang hilang anak masa tengah asyik shopping. someone yang ada masalah mental 'culik' anak diaorang. budak kecil umur 6 tahun senang je mengikut orang yang dia tak kenal. apa la yang dia tahu kan. nasib budak ni baik sebab penculik tu sayangkan dia. anggap dia macam anak sendiri sebab anak dia dah mati. tapi azab bagi parent sebenar budak tu mencari, berfikir hidup ke mati anak diaorang tu.


sentap nok jiwa akak tengok cerita ni. tak keruan dibuatnya kalau betul-betul duduk pada situasi parent yang hilang anak tu. eizlan dengan jasmin hamid sebagai parent yang hilang anak. lisdawati dengan fizz firuzz pulak sebagai penculik. aku tak tengok la pulak nama sebenar budak yang jadi anak tu.


jalan cerita ni buat aku teringat pada kes budak hilang kat shoping complex. ala yang nama Yin tu. dia dipulangkan pada parent dia dengan keadaan kepala botak. dalam drama 21 hari tu rambut budak yang hilang tu digunting. budak tu akhirnya kembali pada parent dia jugak. syukur Alhamdulillah Yin selamat. tapi apa la agaknya dah jadi pada Sharlinie sekarang ni....... kalau dia masih hidup, aku doakan dia dalam keadaan selamat. andai dia dah tak ada, aku doakan dia dirahmati.


budak senang kena sentiasa dipesan jangan ikut orang yang dia tak kenal. sentiasa ingatkan dia hafal nama parent, hafal nombor telefon parent, ingat alamat rumah. aku rasa better sentiasa letak kertas or tanda apa-apa pada badan budak tu. maybe dalam poket seluar dia ke. senang orang nak contact parent if terjumpa budak tu merayau sorang-sorang ke. paling-paling penting jangan tinggalkan anak sorang-sorang. sentiasa pegang tangan dia kat tempat orang ramai.


ni kes parent sengsara hilang anak. kalau parent buang anak tu macam mana la pulak ceritanya. memang kejam tahap binatang kalau tak timbul sikit pun rasa bersalah dalam hati diaorang tu. aku ada tengok iklan pasal buang bayi 2,3 hari lepas. dalam kalangan binatang tak ada manusia, tapi dalam kalangan manusia, ada binatang. lebih kurang macam tu la bunyinya. penuh makna kan untuk kita berfikir. renung-renungkan dan selamat beramal =) tetiba mood ustazah tudung labuh pulak..



5 comments:

Nurul Kornain said...

saya suka entri ni.~ sob sob.

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

btol kate2 kau...
binatang pon syg anak...
jgn sebab malu dosa yg sedia ade di tambah...
=)

ada.m0khtar said...

ha tau xpa... bagi je kat orang yang teringin sangat anak.. sekarang ni pun banyak je rumah kebajikan kan.


nurul ko suka aku skema ek.. hehehe

nazz said...

ada tengok cerita ni...memang best dan sedih sikit..cuma ending tak paham tiba-tiba jerit apa hal..haha

ada.m0khtar said...

semua jadi mental.. hehehe... lisdawati mental hilang anak. budak tu mental krisis identiti salah mak.. trauma.. jasmid hamid mental anak sendiri tak ngaku dia mak.. hehehe... yelah gitu kot..