Friday, April 16, 2010

tips mahu menjana wang


tajuk nak gempak saja, padahal isi dalam haprak! tak praktikkan langsung ilmu yang cikgu Bm ajar masa nak ambil SPM dulu. lepas saja exam, segala kebijaksanaan yang tahap power rangers bila buat karangan semuanya lepas.

kau tengok, introduction yang tak berkaitan pun dah dapat 1 perenggan. dulu aku tak macam ni tau. karangan aku sentiasa SOLID MOLID penuh dengan isi yang berguna. okey, cakap pasal isi berguna kan, maka relate balik dengan tajuk yang gempak tips nak menjana wang.

tips yang paling mujarab atau bahasa canggihnya effective adalah MENABUNG. cikgu tadika aku dulu selalu kata 'sikit-sikit, lama-lama jadi bukit'. maknanya kalau kau menabung sehari seringgit secara consistent, InsyaAllah kau akan dapat pulangan yang berbaloi-baloi. tu pun kalau kau tak buat perangai korek tabung sehari seminggu lagi.

ye! itulah perangai aku sejak dari zaman tadika. sanggup kunci pintu bilik, pastu ambil gunting korek tabung slow-slow tak bagi adik dengar masa mak dengan abah kat rumah semata-mata nak pergi kedai pakcik Zubir nak beli ice cream. kalau adik aku dengar confirm dia kecohkan kat mak aku. then sure aku kena marah.

DAN SEBAB ITU LA AKU TAK KAYA SAMPAI SEKARANG!


ni je hasil simpanan aku dalam masa 2 bulan. semalam aku dah tukar dengan akak canteen. dapat la 37ringgit. aku guna duit tu buat beli buku latihan budak. takpa, tak payah puji aku. aku tau dalam hati kau mesti tengah kata aku sangat mulia kan. korbankan duit tabung demi kanak-kanak. hak hak hak. aku sangat seronok untuk syok sorang-sorang cam gini!

okey, kesimpulannya menabung untuk masa depan. dan yang paling penting jangan terjebak dalam kancah korek tabung macam aku ni. nescaya payah kau nak berjaya!

1 comment:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

ye...
aku pon dah mula simpan rm2 sehari...
nak g liverpool...
hehehehe...