Friday, April 16, 2010

Lesen P


lama betul aku tak bergelumang dengan arena tag mengetag ni. tiba-tiba sampai seru nak melayan benda alah ni pulak hari ni. *CEH! padahal tak ada idea lain nak update, tapi dah gian nak update juga. benda biasala ni kan. kau pun pernah je kan alami benda ni.

nombor 1:
adakah anda memiliki lesen?
Ya. lesen kelas D dan B2

nombor 2:
bilakah anda mengambil lesen?
masa melanguk goyang kaki lepas SPM aku pergi daftar kat pusat memandu. tahun 2004. settle kursus + ujian komputer masa cuti tu jugak. then sempat belajar motor dalam 2 jam. 2 tahun kemudian baru pergi test JPJ. yeaHH!! LULUS. kalau tak kena paksa dengan incik mokhtar, agaknya lesen L aku burn macam gitu jelah. tu pun pusat memandu tu asyik call je suruh datang ambil test JPJ. I TAKOT LA! bukannya pernah bawak motor pun sebelum ni.lesen kereta pulak aku ambil masa penghujung tahun 2006. Alhamdulillah sekali test je dah LULUS.

nombor 3:
berapa lamakah pengalaman memandu anda?
first time bawak kereta masa hari pertama pergi daftar nak ambil lesen kereta. incik mokhtar jadi instructor masa tu. lepas dapat lesen, ada la kot dalam 10 kali aku drive. dan secara rasmi aku memandu ada bermula dari hari sabtu lepas. KERETA SENDIRI WEH! hik hik saja je nak stress word kereta sendiri. JMC8483

nombor 4:
pengalaman pahit ketika memandu?
2 hari lepas dekat restoran cek wan, lebih kurang 1km dari rumah aku. hampeh je tak perasaan ada kereta kat belakang. dengan slumber kodoknya aku reverse, BUMMMPPP!!! nasib baik la kereta mamat yang aku langgar tu tak ada apa-apa. SELAMAT I! huh! lega. kesannya kereta aku ada calar + kemek sikit. masa tu hujan lebat Ya Rabbi, gelap pulak tu.ditambah pulak dengan kereta mamat tu warna hitam. memang tak perasaan langsung. TAPI KAN, aku rasa kereta mamat tu mesti ada kemek jugak sikit. cuma dia je tak perasaan sebab kawasan tu gelap, pastu hujan tengah lebat. agaknya dia pun malas nak kecoh-kecoh kan.

nombor 5:
pengalaman manis?
memandu kereta sendiri sambil menyedut bau haruman kegemaran.

nombor 6:
3 tabiat ketika memandu?
setakat ni aku tak berapa perasan sangat apa tabiat pelik waktu aku memandu sebab baru je memandu 2,3 hari kan. cuma yang paling ketara, setiap 5 minit aku akan lap tangan pada seluar. aku ni ada penyakit tangan berpeluh, so terpaksa la sentiasa mengelap.

nombor 7:
3 pantang larang ketika memandu?
ni pun aku tak dapat nak pastikan lagi. may be tak boleh dengar orang kat sebelah memekak, menjerit suruh careful. aku yang drive, so aku tau lak. jangan la menambahkan cuak aku. kalau nak cakap dengan kadar yang sederhana. jangan menjerit, aku terkejut nanti. karang tak pasal-pasal aku tarik stereng mengejut, tak pun aku tekan brek emergency.



sekian, terima kasih =)
nanti la aku upload gambar mr kura aku tu. tak sempat transfer lagi gambar mr kura aku tu. kalau bayangkan sendiri dulu ye. warna pearl jade, viva elite. itu sahaja =))