Friday, April 2, 2010

terserempak bekas isteri no 2. apa reaksi anda? rindu lagi ke?


edisi jejak kasih lagi tapi bersama benda bukan hidup.

after years jatuhkan talak pada WCX4330 ni, aku terserempak dia balik bersama tuan baru. tapi tak dapat dikenal pasti siapa tuan baru kepada 'bekas second wife incik mokhtar' ni sebab jumpa dia sendirian berhad je tepi jalan. daripada keadaan semasa sekilas mata memandang, aku yakin tuan baru ni tak sayangkan dia sepenuh perasaan. mungkinkan dia tak bahagia? OWHH kesian! sudah begitu nasibnya sekarang. kulitnya sudah tidak gebu dan terkopek-kopek. sampai hati tuan baru tak bawa dia pergi facial.


masih wujud bibit-bibit rindu kenangan bersama ibu tiruku ini. sigh~
----------

penuh memori weh kereta ni. tak larat kau nak baca kalau aku listkan semuanya. tapi yang paling aku terharu masa aku pergi interview nak masuk maktab dulu. aku interview kat IPDA, jitra. macam jauh gak la dari rumah aku, dalam 1 jam setengah. aku pergi dengan abah je masa tu. then lepas interview on the way balik rumah, aku dengan abah singgah makan kat LAKSA TELUK KECHAI, kuala kedah. glamor kot tempat ni, sentiasa penuh dengan manusia. so, kami park depan workshop seberang jalan, opposite kedai laksa tu.

then bila dah selesai makan, aku dengan incik mokhtar pun gerak la balik rumah dengan sebarang perasaan gusar,ragu-ragu serta was-was. kami guna jalan bawah masa tu. JALAN BATAS PAIP. dah separuh perjalanan, baru kami sedar tayar belakang dah pancit. tayar memang dah tak ada angin langsung. ada kesan toreh kat tayar tu, bukan main panjang pula tu. SAH! kerja budak-budak yang melepak depan workshop dekat dengan tempat kami park kereta masa makan tadi punya kerja la ni. patut la semacam je diorang dok usha aku dengan abah masa kami park kereta. aku bajet diorang usha sebab aku CUN! ** CESS!! ada hati pulak wujud perasaaan keji gitu. haha.

GILA kot. jalan batas paip tu tak ada stesen minyak. sawah padi je kiri kanan. kau tau la kau area sawah padi, mana ada pokok besar. PANAS WEH! tayar spare lak tak ada angin jugak. rumah area situ pun jauh sebatu-batu. macam-macam hal. berjam jugak la tunggu kereta or manusia lalu nak mintak tolong. yelah kalau tukar tayar spare pun ,apa jadah kalau tak ada angin jugak. apa punya malang la nasib masa tu. aku ni bukan main ayu jelita pakai baju kurung kena tolong abah tukar tayar. dah la aku ni tahap rendah IQ dalam soal mechanism bagai ni.

sejam jugak la aku dengan incik mokhtar basah ketiak mengerjakan tayar tu. tiba-tiba lalu sebuah kereta yang aku rasa macam kenal. tapi kereta tu meluncur dengan laju dan hanya menjeling kepada kami. beberapa minit kemudian... JENG JENG JENG... ada sound effect baru best la. okey, ALHAMDULILLAH kereta tu pusing balik dan berenti depan kami. OMG!! THANX GOD!! kawan incik mokhtar rupanya. so berkat pertolongan dia bawak tayar space pergi isi angin kat petronas yang jaunya lebih kurang 20km dari lokasi kejadian, akhirnya wcx4330 dapat kembali bergerak.

and one thing! kawan abah tu ada cakap something kat aku. 'ni semua kau punya pasal la. sampai basah ketiak abah kau nak tukar tayar tengah panas lit lit ni. kalau kau tak dapat masuk maktab, memang tak berbaloi langsung'
*panas lit lit tu maknanya panas yang boleh merentungkan segala kulit muka dan badan kau*


I GOT IT! aku dapat masuk maktab. ada hikmah disebalik kejadian tu. ALLAH bagi kesusahan pada aku masa tu untuk aku ingat dan kenang sampai bila-bila. aku tak akan lupa hal ni. SEBAB! susah weh nak tukar tayar. macam bodoh je aku tak tahu nak buat apa. lepas tu rasa bersalah tengok incik mokhtar berusaha sorang-sorang.. dan yang lagi penting, jangan parking kereta depan workshop. TRAUMA!

2 comments:

e~car182 said...

rindu wo0o~
blh jatuh cinta balik!=p

ada.m0khtar said...

hehehe.. terkenang cinta lama gitu