Thursday, March 18, 2010

saya mencemburui kejelitaan dan kekacakkan kalian. maka kalian harus membantu saya.


kerana kejelitaan itu hak milik setiap insan. gila aku jealous pada insan-insan yang berkulit tulus mulus suci bersih tanpa sebarang noda. sadis gila bila mengenangkan kulit muka aku yang kekeringan berpakej dengan noda bintik-bintik hitam di sana-sini. nasib baik tak ada kawah bak bulan purnama.

bukannya aku tak bersyukur dengan keadaan rupa paras aku. aku memang dah cukup bersyukur dengan apa yang aku ada. Alhamdulillah, aku ni tak berada pada tahap mata sendiri pun rasa menyampah nak tengok muka sendiri dalam cermin.

cuma:
aku nak berusaha membaiki keadaan kulit muka aku agar lebih tulus mulus suci murni. biar lagi sedap mata-mata memandang kan. bila diri sendiri rasa cantik, baru bertambah-tambah confident. dan insan tersayang pun akan bertambah sayang, walaupun mereka kata aku dah cukup cantik je sekarang ni.

macam-macam produk aku dah cuba. sampai sekarang still tak ada perubahan. makin teruk ada la. kulit aku jenis kering. mudah sangat burn. then makin parah bila bintik-bintik hitam semakin beranak pinak. makin bertambah-tambah. selain tu, tone kulit muka aku ni tak sekata.

so, aku nak mintak bantuan kalian wahai jelitawan dan kacakwan, tolong la suggest or bagi idea apa yang sesuai untuk aku. produk yang aku guna sekarang ZA True White. dah dua set aku pakai, tapi nothing.... aku cadang nak tukar produk lain.



aku ada usha produk healin, AG2000 ni. tapi tak berani nak beli lagi. harga boleh tahan jugak. harga 1 set (cleanser, day cream and night cream) 3ratus lebih. kalau pakai tapi tak ada kesan memang boleh mendatang frust. memandangkan belum masuk gaji , aku tangguhkan dulu hasrat nak beli set ni.

so aku nak mintak pendapat korang. siapa yang ada pengalaman guna produk ni sila la beri tunjuk ajar ye =)

6 comments:

Anonymous said...

product tu x penah guna. tp u boleh try sendayu tinggi. pape pon. guna product asia lagi bagus. sbb sesuai utk kulit mcm kite & dengan cuaca negara kite. :)) amoy

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

hehehe...
aku xpandai la tentang untuk mencantikkan...
aku tahu cara nak mencacatkan...
ingin cuba???
hehehehe...

..izza.. said...

dulu pnah try NV..so far ok...tp x continue pun sbb masa tu tgh blaja...duit xcukup..hehe...skang mencuba clinique...tp cam xde kesan pape pun lg..huhu..

ada.m0khtar said...

thnx for sharing ladies =)

jgn r mencacatkan aku en senja.. huhu

Anonymous said...

apa macam kalau cikgu try rangkaian SAFI RANIA mmg berkesan dan tanpa was was. Before calitkan kt muka tu selawat lah & doa lebih2 sikit .. mudah-mudahan dituluskan wajah tak pun org yang dok nengok muka kita tu sejuk hati n rasa tenang ja.

日月神教-任我行 said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,a片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,性愛