Sunday, March 21, 2010

ada saja yang menggoda. i tak tahan digoda tau!


OMG! OMG! OMG! cantiknya itu. cantiknya ini. sana pun cantik. AKU PUN CANTIK. okey, abaikan perkataan 'aku' tu. semakin hujung bulan, semakin kuat pulak godaan nafsu iblis department kewangan dok berbisik kat cuping telinga aku ni.


hasutan iblis berjaya menarik stereng kereta ke alamanda. gatal betul nak usha-usha barang. kalau tak datang ke tempat itu, nescaya mengalami kegatalan badan. CIS!!


okey aku jelaskan definisi window shoping ye. window shoping bermakna kau jalan-jalan di tempat yang terdapat makhluk bergelar peniaga berserta barangan yang diniagakan.
WAJIB berjalan minimum dua atau tiga jam. atau lebih afdal sehingga anggota badan kau terutamanya kaki, lutut, tekak dah mula rasa sengal-sengal. kalau luas persegi kawasan kau jalan-jalan tu sekangkang kera, jangan jadikan ia alasan hokey! kau HARUS tawaf kawasan tu sehinggal timbul tanda-tanda sengal anggota badan tadi.

selain daripada tu, ada lagi hokey!! kau jugak wajib mengeluarkan duit untuk membayar benda yang kau bajet macam penting padahal tak beli pun tak. konon-konon nak sedapkan hati sendiri. jangan risau, status berapa nilainya tak perlu kau kuatir, murah pun takpa. asalkan kau dapat pegang plastik beg. kalau pegang paper bag lagi digalakkan. temanya adalah mencintai alam sekitar.

anggota badan aku dah sengal. dah cukup! makin lama aku kat situ, makin tak tertahan dengan segala godaan iblis cawangan pembaziran.

jom balik rumah,
selamat duit aku sementara waktu.......




sehingga masuk gaji nanti.....


4 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

lame giler tak g alamanda...
hehehehe...
rindu nak soping²...

ada.m0khtar said...

jom2... aku pun rindu nak shoping ni.. huhu.. cepat la dapat gaji,, =)

zaradgreat said...

sabar2
tengok2 dulu
survey2 nak beli ape
nanti dah dapat gaji terus berdesupppp pergi beli. hahahahahahah

CRAZYBEAUTIFUL88 said...

akak pun samer, tak tahan kalu gi shopping mesti nak membeli