Thursday, February 18, 2010

petua tidur nyenyak



sila ambil perhatian ye. tidur nyenyak tak mempunyai erti yang sama dengan tidur berdengkur yang bunyi kadang kala seperti siren kereta bomba, kereta polis mahupun ambulans. ia juga tidak sama seperti manusia yang mengeluarkan bunyi persis keretapi sedang bergerak semasa tidur.

GILA KAU!

tetiba je pulak ada muka geli-geli kat sini

aku memang pantang betul la dengan manusia-manusia yang sangat hebat mengeluarkan macam-macam bunyi aneh masa tidur ni. terbantut segala mood tidur aku tau. rasa macam nak letak bom je dalam mulut si pengeluar bunyian aneh tu. mintak dijauhkan la dari dapat laki kategori ni. tapi orang kata laki yang merokok biasanya tidur berdengkur.. betul ke? OMG!!! tak sanggup akak nak sekatil dan sebilik dengan makhluk sebegini.


sekadar gambar hiasan yang dijumpai dalam google. cumel kan rupa kanak-kanak time tidur.



okey, bebalik pada tujuan asal aku. tadi aku layan show 'jangan tidur lagi' kat tv3. kau ada tengok tak? then aku tertarik dengan petua nak dapatkan tidur yang nyenyak dan secukupnya dari Datuk Dr Fadzilah Kamsah. antara petua yang dia bagi exercise pada waktu petang untuk membiarkan badan rasa letih agar mudah tidur dan makan malam sebelum matahari terbenam bagi membolehkan kalori dibakar. kalori lebih mudah dibakar semasa matahari masih ada.

selain tu, amalkan minum susu dan makan coklat sebelum tidur. katanya ini boleh memudahkan proses tidur. kesukaan aku la ni. aku selalu je makan coklat sebelum tidur. patut la mudah sangat-sangat aku tidur. ha!!, tabiat tidur dengan muzik tak digalakkan. sebabnya ia menyusahkan proses nyenyak tu. lagipun takut payah nak mengucap kalau ditakdirkan kau jadi arwah time tidur.

cuba tidur dalam keadaan bilik yang gelap. kalau dinding bilik warna coklat lagi bagus. suasana macam ni boleh buat kau rasa terdorong dalam mood mengantuk. so lagi cepat la proses peniduran tu berlaku kan.

ada banyak lagi yang dia sebut tapi ni je yang aku ingat buat masa ni. nnt kalau datang balik ingatan aku ni, aku update lagi ye. selamat malam =)


5 comments:

shahrinabd said...

nice sharing.

sy plak kalo ada orang berdengkur saye lagi suke. Sebab ianyaibarat muzik. Saya hayati dan lama-lama tertido. Haha..

[s][u][e][h][a][n][n] said...

hohoho info yang bagus..malam tadi terkebil2 xleh tido..kalau tau saya bawa coklat masuk dalam bilik hihihihi

ada.m0khtar said...

hehehe.. try la amalkan suehann, mana tau betul2 berkesan.. lagi 1, u try letak bau lavender dalam bilik u. mmg boleh wat mata lali.

huhuhu.. i tak mampu nak hayati irama lunak orng berdengkur la shahrinabd.. dah try tapi mmg tak boleh. rasa nak tutup mulut orang tu dengan bantal je.. hehehe

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

patut la aku senang tdo skang nie...
ade aku ikut petua nie rupa nye...
hehehehe...

admin said...

Nice info blog. Mantap!!!I like to share with bloggers and all of readers
Keep in touch