Monday, February 22, 2010

hari yang mengantuk menjadi bersemangat rentetan budak-budak itu berjaya membuat bontotku mengembang


puas hati aku dapat taip tajuk panjang berjela kali ni. aku nak memudahkan kau orang memahami cerita ni je. tak payah pening-pening macam karangan SPM. anggap je ini hanya karangan UPSR. atau sekadar berita di dalam surat khabar. baca tajuk je pun dah buleh predict apa content nye.


memandangkan dah 1 week aku membela badan melepak cuti-cuti Malaysia dan hilang ingatan tentang hal kerja, so hari ni otak ni payah sikit nak beroperasi dengan kadar yang laju. *kalau hati ingat nak cuti lagi , malas nak kerja memang macam ni la jadinya. muka pun sekupang je hari ni masa masuk pagar sekolah.

TAPI!!!!

lepas masuk je kelas 4 Zamrud tadi, tiba-tiba muka sekupang ini berubah menjadi Ringgit Malaysia Seribu Sahaja. dan inilah penyebabnya:



aku berkembang sebanyak 20%


pengembangan makin bertambah ke paras 80%. tak buleh tahan betul budak ni kata aku COMEL dan sangat PUTIH!!
OMG!!!
comel tu memang ye la kan, aku tak nafikan. tapi sangat putih tu macam ada udang disebalik mee je. budak ni nak perli aku ke apa. TAPI tak pa, sebagai guru, aku kena berpikiran positf, jadi aku anggap budak ni memang IKHLAS seikhlasnya puji aku..

hik hik hik . jangan muntah hokey! teruskan membaca ;)


pengembangan ke tahap 100%


dan akhirnya baju ku hampir terkoyak. TIDAK! TIDAK! TIDAK!
better aku keluar dari kelas ini sebelum pengembangan terus berlaku.
*sila ambil perhatian kat perkataan LEMAH-LEMBUT tu ye. itu memang aku!



Task IDOLA SAYA ni aku bagi sebelum cuti CNY hari tu. hari ni baru aku kutip buku budak-budak tu. terbahak-bahak aku baca ayat diaorang ni. sejenis entertainment tau benda macam gini. ada yang nak jadi macam DIANA RAFAR, MILA, P RAMLEE, bekas PM TUN ABDULLAH HJ BADAWI, ERRA FAZIRA, LEE CHONG WEI, DAYANA IDOLA KECIL macam-macam lagi la.


kau tak muntah kan? _okey ini adalah ayat penutup.

12 comments:

wawan said...

chomel gila kanak² tersebuttttt

nak jadi cekgu la kalau cani..hehehe

Fyra Ruslan said...

haha.

kelakar la bdk2 ni..
bodek cikgu ni..
hehe.

^.^

Khatijah Hamid said...

comel nyee :)

Mr Kamikaze said...

Best nyer jdi cikgu kan...

Zahidah said...

awww comel nye! :)

ada.m0khtar said...

budak-budak ni mmg pndai je buat ayat nak bodek cikgu diaorang ni.. hehehe.. tapi kalau tak bwk buku, tak siap kerja... denda seringgit.. hehehe.. saja nak gertak diaorang..

Qiha Aziz said...

comelnya budak2 nih. mmg cair bila baca. haha.

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

hahahaha...
aku bace ayat tue mcm mengampu...
dan membayangkan muka ko menahan baju dari koyak...
xtahan...
hahahahaha...

nizamsani said...

wah.baguslah.

ada.m0khtar said...

hehehe.. aku control cun depan diorang.. hahaha..

Asyraff Zulkifli said...

masyallahhhh.... pengembangan yang memberangsangkan... bertuah sape yang ada ngan ko time tu ada...

S.y.U.R.a said...

wahhh~~