Saturday, February 27, 2010

dulu benci, sekarang sayang. manusia memang tak reti nak hargai waktu masih ada. tapi akan kenang waktu dah hilang


gila meluat waktu sekolah dulu. malas betul nak bangun pagi pergi sekolah. Ha padan muka aku. sekarang pun tiap-tiap kena bangun pagi pergi sekolah. bezanya dulu study. sekarang mengajar.

.pintu pagar asrama SMKY.

masa cuti CNY hari tu, tiba-tiba je datang mood gedik nak ceroboh kawasan sekolah lama aku. dekat je dari rumah aku. tapi dah lama sangat aku tak jejak kaki kat sekolah tu.
2 tahun je aku study kat sekolah ni. aku daftar masa form 1. kalau tak silap 12 Oktober 1999. then lepas je PMR, aku dah pindah ke sekolah teknik.


walaupun sekejap je kat sekolah ni, tapi macam-macam kenangan ada. aku lagi suka kenang kenangan kat sekolah ni dari sekolah lain yang pernah aku study.

banyak yang dah berubah kat sekolah aku ni. sekarang makin ceria, tak macam dulu. agaknya kalau waktu aku study dulu keadaan macam sekarang mesti aku dah dapat straight A's..
hahaha.. kalau dah otak tu lemah, tak da maknanye ada kaitan dengan keadaan sekolah.


kesengalan di padang sekolah. kat belakang tu adalah gunung jerai. sanggup je tahan panas demi dapat capture latar belakang gunung jerai tu. kegigihan kami jelas ketara pada hari itu.


dulu tak teringin langsung nak bergambar kat lokasi kejadian. entah kenapa sekarang ni rasa cantik pulak lokasi kejadian tu. mula la terkeluar rasa menyesal tak sayang muaaaksss2X kat sekolah aku ni dulu. sepatutnya aku belajar betul-betul dulu. rajin pergi sekolah. baru boleh berjaya. mesti aku dah jadi doktor sekarang kan.




tapi kalau aku jadi doktor sekarang, aku tak da peluang la nak berucap kat stage macam ni. tengok je diaorang ni, teringin kau nak merasa berucap kat stage. aku tak heran pun okey! tiap-tiap hari I boleh buat perkara ni. jangan jeles... hehehe


dan aku bersyukur ditakdirkan ke sekolah lagi sekarang sebab tiap-tiap hari aku dapat tengok visi misi sekolah macam dalam gambar ini.


bersyukur lah dengan apa yang kita ada sebelum kehilangannya. ~ aku tak tau motif apa ayat ni. kau buat-buat paham jelah ye =)

6 comments:

mie said...

lor!!!
gue pernah sekolah kat sana juga...
tp dalam beberapa minggu je....
sekolah depan stesen bas...

zool said...

Normal la tu..
yang pergi tak kembali lagi

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

kenangan yg tak leh dibeli...
kan???
hehehehe...

ada.m0khtar said...

lor awat sat sangat mie?

hehehe.. rindu kat zaman pakai baju sekolah.. hahaha.. gedik2 nak bercinta.. tulis surat cinta guna kertas wangi.. hahaha.. malu siot bila ingat benda ni

Asyraff Zulkifli said...

muna memang pantang ada cam.. posing je kejenye~

ada.m0khtar said...

muna memang... model tak berbayar.. hahaha