Monday, January 18, 2010

tetap rabun walaupun cinta dah ada di depan bijik mata

"gajah depan mata tak nampak, tapi kuman di seberang lautan jelas je pada pandangan mata"
sesuka hati je aku kaitkan peribahasa versi lintang pukang aku ni dengan kerabunan si cinta balqis ni.

sumpah aku memang meluat gila tengok cerita ni masa di awal-awal episod dulu. terpaksa tengok sebab dah tak ada aktiviti lain nak buat kat rumah masa cuti goyang kaki tangan sementara tunggu posting hari tu. serius aku rasa macam nak lempang je si balqis yang asyik teriak sepanjang masa. macam la boleh selesaikan masalah kalau dok teriak je. dah la menyusahkan mak dia. siap berkait menyusahkan segala orang kat keliling dia. nasihat orang tak dengar, tak sedar diri tu tak sebijak mat pintar pun. berbakul-bakul la mulut aku dok merampuih kat orang-orang yang tengok tv sekali dengan aku masa layan cerita ni.

ditambah pulak dengan ada muka si memey, bertambah-tambah geram membara, berasap-asap hati aku ni. memang pantang betul aku tengok muka si memey tu. walaupun dia bersalah kat abby abadi, aku tetap rasa kesakitan tu tau. ibarat cubit peha kiri, peha kanan pun rasa sakit gak. OVER JE KAN. baik aku ngaku sendiri sebelum kau kata. aku tau mulut kau dah mengomel nak sebut benda tu. hehehe... aku minat weh dengan elite. dulu layan tul dengan lagu elite. paling aku minat lagu TRAUMA. feeling weh!

okey, kembali ke cerita asal. mulut aku sepanjang masa merampuih berbakul-bakul, tapi GEGEH dok tengok gak sampai ke episod last. tragis tul la si hassan tu. kesian je aku tengok keMALANGan nasib dia tul. bertimpa-timpa beban datang. bakat pengarah kat depan tv aku ni pun boleh tahan tau. aku predict si ezany tetap dengan balqis, rupanya hassan yang dengan balqis. ending yang agak okey, memuaskan hati semua pihak. kat mana la nak cari lelaki macam hassan tu kan. WUJUD KE??

dah habis pun cerita ni tadi. berkejar-kejar aku keluar tengok cerita ni kat kedai makan che wan. sadis gila tak dapat tengok TV3 kat rumah. puas search channel tapi still cam hampeh je TV3. TV1 dengan TV2 je yang clear. FINE!!!! ESOK JUGAK AKU PASANG ASTRO. siap sedia la dengar aku gebang, cewi-cewi dah pasang astro nnt ye =)


-end-




saja nak tayang selipar baru beli kat tesco petang tadi. nak pakai dalam rumah je pun. tapak kaki aku ni dah gatal-gatal dan jadi keras kematu pijak lantai tak pakai selipar. kurang hantaran i nnt u. harus tau menjaga segala yang berkaitan itu. hahaha!! gila bajet kiut la pulak sekarang ni semua benda nak kaler pink. sah kena kutuk je makhluk-makhluk berjantina lelaki ni. OKEY aku tahan telinga je =)


13 comments:

ringo said...

hahahaha.nasib baik ending ok.geram aku

cimi said...

heh~
xsmpat tgk pn.
dgr cite mber3 jew ending dy.

fafa said...

haha.
ingt kn i sowng je yg nyampah.
upenye da gak owng len.
hee.
cter ny best sbb da irfan yg comey tu je.
hehe.
;)

ed shahir said...

hahaha...tudia aih..pengulas cinta balqis mula bersuara..abis la..hehe...pasnie ada smbungan ..CINTA HASSAN...xpun CINTA MAK BIAH..hahaha

Didi Nadhirah said...

hassan pun ngong gak banyak lagi pompuan lain yang baek si balqis yang suka teriak degil tu gak die nak....bunga bukan sekuntum la hassan oi...

[s][u][e][h][a][n][n] said...

semalam mood k.o..so x tgk pun last.. :(

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

jgn sebab memey ko malas...
hehehehe...
hehehehe...
lantak die...
janji cerita ade pengajaran...
hehehehe...

ayisy said...

salam. lelaki mcm hassan dlm drama cinta balqis? hehehe. rasanya terlalu sempurna watak tu. takder lelaki camtuh. kalau ada pun sedikit. bukan bermakna tiada lelaki yg baik cuma lelaki sesempurna watak hassan tuh takder. huhu.. ni pendapat sy jek lah.

dyn al said...

hahaha. klu cm awk ckp tu.
mknenye takan adela drama cinta balqis.
dh tada konflik susa jgk en.

peace.

JohnJenin said...

sama ja kalau pasang astro. perasaan yang sama akan terhasil bila menontan drama kau dan aku lakonan mila, akim dan aril. hahaha

PahlawanRusa said...

hi salam kenalan... jom join contest sy... http://wiratlc.blogspot.com

Encik Psychopath said...

best cite ni.

ada m0khtar said...

tak dapat hassan dapat ezany pun orait gak. hehehe =)