Monday, January 25, 2010

pantang datuk nenek dan segala moyang piuk aku kalau jumpa orang suka ambil kesempatan

nasib baik la aku tak PUASA SUNAT ISNIN hari ini. *cover baik punya, padahal nak puasa ganti. boleh ZERO pahala kalau aku puasa hari ini. mana tak nya, dah berbakul berguni berlori aku merampuih sakit hati hari ni.

1 hal masa kat sekolah tadi. gila kau penat memekik suruh budak-budak bawak bertenang. macam kena sampuk gempa bumi je budak-budak dalam kelas tadi. kalau keterujaan TAHAP MELAMPAU nak belajar pun payah gak aku nak handle kelas. walaupun tak puasa, tapi rasa macam puasa je. kering betul tekak ni. dah la tak sempat pergi kantin. jadual padat sangat-sangat hari ni.

okey tutup cerita hal kanak-kanak bawah umur kat sekolah. masuk cerita yang buat berkurang-kurang pahala aku. GERAM WEH!

macam yang dah diketahui umum, sekarang ni tempoh berkabung seminggu sempena kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail. so, kena la sentiasa pakai tudung putih. dah nak dijadikan cerita, aku bawa sehelai je tudung putih kat rumah sewa ni. aku mmg kurang gemar sikit pakai tudung putih. aku lagi prefer cream. konon-konon rasa lebih jelita la bila pakai cream.

masa packing barang nak ke rumah sewa hari tu, aku tinggalkan semua tudung putih aku. ada la dalam 3 helai. aku bajet bawa sehelai pun dah cukup la. HA PADAN MUKA AKU! minggu ni tiap-tiap hari kena pakai tudung putih. tak kan nak pakai tudung yang sama je pulak kan. MALU BEB kalau budak tegur "cikgu pakai tudung semalam ke?" GILA KAU JATUH IMEJ AKU!



maka dengan itu, terhegeh-hegeh la aku pergi tesco terbau tadi cari tudung putih. MAK AI! 1 tudung putih pun tak jumpa. SOLD OUT! macam pisang panas la pulak. then aku jumpa shawl putih. dalam hati aku dah jerit YES! YES! FOUND IT.

okey, aku pun dengan bersemangat waja terus je sambar shawl tu. plain shawl. kain gorget. *betul ke ejaan aku ni?? kau buat-buat tau je lah ek shawl yang aku maksudkan tu. aku tengok kat tanda harga RM15.90. masih dalam keadaan boleh mengawal diri. aku predict dia saja je letak harga cam gitu. then aku tanya berapa harga ni kak. kau tahu dia jawab apa? RM15.00 dik . OMG!! ini membuatkan aku menjadi BERANG. gila ke apa mahal. biasanya aku dapat 2 helai tau kalau bayar harga RM15.00. okey, FINE! aku boleh terima la kalau harga dia RM10.00 sehelai. kira normal la harga tu. tapi masalahnya RM15.00 untuk sehelai memang melampau!

memang gila ambik kesempatan waktu orang dalam kesusahan betul la. sampai hati akak tu jual mahal kat aku. dan aku dengan berat hati dan dompet, terpaksa beli jugak la dengan harga MAHAL cam tu. aku dah tak larat bertekak dengan akak tu. lagipun aku dah tahap gila punya penat, tak sanggup lagi kaki ni nak merayap seberang jalan pergi JUCSO pulak. PASRAH JE LAH!. tak pa-tak pa! ADA LORI ADA BAS! kau ambil kesempatan hari ni, esok berkali-kali orang ambil kesempatan kat kau pulak. sekarang ni, SEMUANYA DIBAYAR CASH TAU! tak payah tunggu esok lusa, dalam 2,3 minit pun dah buleh dapat balasan.


ishhh*** apasal aku emo sangat ni. tak baik doakan orang dapat musibah. *__*'

9 comments:

Asfan Ash said...

hak3 sabo kak..dugaan..bende2 tu mmg..time kite carik die teda tp kalo xcari bersepah ah dimane2...

tp kalo jmpe pon konpem xtepati citerase kte hak3

Cita-cita kami nak jadi angkasawan part2

Faarihin said...

salam singgah di sini tuan umah.. sabar bebanyak cikgu.. time ni untung yang jual tudung kan... hehehe.. (^__^)

Didi Nadhirah said...

sabar2

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

kalau anak kakak tue blaja skolah ko nanti...
ko rotan puas²...
hehehehe...

ada m0khtar said...

tu la. redha je la.. huhuhu.. siap la akak tu aku rotan kalau dia blajar kat sekolah aku.. hehehe

ed shahir said...

sabar cikgu...hehehehe

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

bukan akak tue...
anak die...
hehehehe...

ada m0khtar said...

anak dia tak bersalah la.. hehehe. tak smpai hati aku nak rotan anak dia.

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

dah???
ko nak rotan die bile ade peluang nye...
hehehehe...