Tuesday, January 26, 2010

kenapa aku suka skodeng dia?? sebab dia BEST!!

okey, adalah dimaklumkan kau sekarang berada dalam zon skuad skodeng akak rambut ketak. ala iras-iras abang nas rambut ketak skuad terjah tu. berlainan mak bapak. langsung tak seiras. tapi memiliki rambut yang berketak.

dan mangsa skodeng pertama adalah;


jeng


jeng


jeng
.
.
.
.


inilah mangsa keadaan akak rambut ketak yang pertama CIK IZDIYANI MUSAWIR
kau tengok! aku sangat tertarik dengan teropong dia. okey jom ikut aku teropong MACHAM IZ PUNYE

dah agak lama aku mencuci mata kat blog dia ni. cara penulisan dia memang sempoi. kebanyakkan tulisan dia pasal lifestyle dia di campus, chill out dengan member-member, dan emosi-emosi tak keruan dia yang agak sengal. TAPI AKU SUKA!

tengok pada blog header dia pun dah cukup menampakkan dia ni agak gila-gila. cara penulisan dia buat aku rasa nak gelak je. bahasa yang dia gunakan penuh humor. kalau dia tulis entry emo pun, aku tetap rasa benda tu lawak. FUN WEH! aku suka baca entry yang buat aku rasa free dan tidak terbeban. benda-benda sengal cam gini la yang buat aku rasa ringan sikit beban kat kepala aku ni. selain tu, layout blog IZ ni memang simple TAPI menarik. tulisan pun jelas dan mudah dibaca oleh manusia-manusia kabur penglihatan macam aku ni.


SELAIN DARIPADA ITU, dia selalu jadi mangsa intipan aku sebab dia sangat cun. hal rupa paras ni subjektif, tapi aku rasa ramai je yang setuju dengan pendapat aku ni. dah lumrah kejadian manusia, yang cun mesti dapat perhatian. so buleh dikatakan ini advantage bagi dia la kan. rasanya bukan aku seorang je yang skodeng blog dia sebab dia cun. follower dia dah jejak 1378 orang. see! kuat pengaruh dia ni kan. kau paham-paham sendiri la earning nuff dia macam mana ye =)

dia ni salah seorang suku sakat geng baik si HANIS ZALIKHA. happening je bila baca entry diorang ni chill out together.


aku cukup berkenan tengok cara dia gayakan shawls. sweet je muka dia bila pakai shawl. bagi aku dia boleh dijadikan ikon dalam mengayakan shawls. so, tak hairan la bisnes shawls dia menjadi.

okey, akak rambut ketak dah penat menaip. kau skodeng sendiri la pulak; sayesayangiz.blogspot

tunggu mangsa skodeng akak yang seterusnya pulak ye. CHOW CENDOL LAZAT~

8 comments:

Qiha Aziz said...

i pon suka terjah blog dia :)
p/s: link blog dia sayesayangiz, bukan saya.

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

xlame lagi ketumbit la mate tue...
kaki skodeng...
hehehehe...

ezzati said...

tak penah msk lg ctu..hehe

ada.m0khtar said...

hehehe.. smpai hati doakan aku dpt ketumbik..jenguk kat citu.. =)

cik nurulain said...

aih...apakah mimpi kau menterjah orang lak ni syida. bukan cikgu sekolah banyak kerja ke.

p/s: aku semakin tak ada masa sekarang. al-maklum final year. tup tup maktab sibuk nk wat kelab kebudayaan. aku n aleen menerajui kelab tarian.

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

nanti dah naek ketumbit wat entri tau...
hehehehe...

ada.m0khtar said...

weh gila besh! asal waktu aku ada tak da pulak kelab kebudayaan.. huhuhu tak aci toi. ala lepak la dah final year.. hehehe.. aku makan tidur je last year.. ahhakss...

jenguk blog org la dpt hilang sikit stress ngn keje kat sek tu. penat weh!! tapi layankan aje la..

tak mau kena ketumbit!!!

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

tak nak???
tak pe...
aku doakan...
hehehehe...