Thursday, January 28, 2010

kalau tak ada pilihan payah, kalau terlebih pilihan pun payah. habis apa yang tak payah?

aku rasa dah sampai masanya aku patut mempunyai kekasih KEDUA. orang tua-tua kata 'dah sampai SERU la tu'. Sila jangan kaitkan dengan KEKASIHKU SERU pulak! tidak sesuai terkenangkan cerita KEKASIHKU SERU tu di malam jumaat ni ye.

aku nak lebih. tak cukup la setakat ada 1 je kekasih. kehendak aku ni tak dapat dipenuhi dengan 1 je kekasih.


kepada MR EHEM, I mintak maaf ye =(
I terpaksa. kehendak I semakin membesar. BESAR PUNYA! *terkena sampuk budak-budak kat sekolah la ni. diorang tu suka sangat suka words 'besar punya' tu. kuat betul pengaruh iklan meggi sengal tu kan.

aku dah buat list calon-calon yang sesuai untuk dijadikan kekasih kedua aku nanti. calon-calon ni aku pilih mengikut pada kehenseman mereka yang membuat aku tergoda dan dicemburui gadis-gadis lain. aku dah ukur tahap kemampuan aku dan kemampuan bakal kekasih kedua aku tu. bak kata orang tua-tua lagi "kalau mencari jodoh biarlah yang sepadan. baru hubungan berkekal dan tidak bercerai-berai". aku kena mampu untuk menyara dia. dan dia pula kena la mampu untuk menunaikan tanggungjawab dia pada aku.

dan akhirnya, 4 calon yang memiliki ciri-ciri jejaka idaman aku berjaya masuk dalam list aku. TAPI! aku agak kebuntuan nak pilih yang mana 1. kalau aku pilih di sana, di sini akan terluka. haruskan aku memilih semuanya?? GILA KAU! mana aku mampu. aku cuma insan yang kecil dan comel, tak bisa nak menjadi TAMAK!.


sekadar gambar hiasan. makhluk ini tidak tersenarai dalam list calon kekasih kedua aku.


calon-calonnya adalah;

KIA PICANTO


MYVI_SE
sesuai ke ni jadi kekasih baru aku? sama dgn mr ehem la pulak. nanti mesti dia ejek aku tiru dia.


VIVA ELITE


SUZUKI SWIFT
aku paling berkenan yang ni. tapi mr ehem tak suka la pulak.



kau rasa yang mana paling sesuai untuk jadi kekasih kedua aku?



8 comments:

noorafzan.blogspot.com said...

join my club..MYVI SE beb..

::cikjuju::◕‿◕ said...

swift!!!!

Unknown said...

bila laaa aku nak beli keta ?

Ehem ! Hurmm ku aku antara Viva dan MyVi

cik nurulain said...

weih. gila kau nak pakai swift.

duk jb lak tuh. karang kau makan megi je. angkat myvi atau viva sudey.

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

yg ko berkenan juga ku suka...
bincang baek2 la...

ada m0khtar said...

huhuhu.. gila berkenan kat swift.. urmm, aku tak tanya incik mokhtar lagi ni. kau paham2 je la, pape pun kena rujuk dia dulu. huhuhu

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

memang la kene rujuk..
hehehehe..

Anonymous said...

jng beli swift!! nanti i jelus!!