Thursday, January 14, 2010

cerita kedai kopi

cerita kedai kopi.
cerita kedai kopi.
tiada hakim tiada saksi.
cerita sensasi di kedai kopi.


layan je pulak lagu malique feat salam ni. lirik dia compact seperti compact powder. ringkas, mudah dan menarik. yang penting PADAT!

kaitan antara kedai kopi dan compact powder adalah

.
.
.


aku dan mr ehem terpaksa berdating hari sabtu lepas sebab dia kena hantarkan segala bagai barang make-up termasuk compact powder aku yang tertinggal dalam kereta abah aku masa hantar aku lapor diri isnin lepas. dan kesannya kami berdating di kedai kopi sambil membincangkan segala isu semasa, terkini dan sensasi

alkisahnya macam ni. masa kat hotel aku guna segala barang make-up, then tinggalkan atas katil kat hotel. aku dah pesan pada p'qah tolong kemas brang-barang tu, masukkan dalam beg aku sebelum check-out sebab aku terkejar nak pergi taklimat lapor diri. then dah tak sempat nak balik bilik kemaskan barang-barang aku tu.

nak dijadikan cerita, si p'qah ni kemaskan barang-barang aku tu dengan cara MASUKKAN DALAM BEG DIA. bila dah sampai kat rumah cikgu yang aku menumpang sementara waktu tu, semua kuncu aku pun angkat segala bagai barang-barang aku tu ke dalam rumah. dan aku pun dengan confident nya fikir semua barang aku dah selamat ada kat dalam rumah. tak da satu pun yang tertinggal. maka kuncu-kuncuku pun bertolak la balik ke kedah lepas selamat tinggalkan aku kat johor ni.

selang dua jam kemudian.. bep.... bep.. bep... hp pun berbunyi.

abah; hello kak, barang make-up kak tertinggal dalam beg p'qah ni
aku; ha!!! ye ke. alamak!! abah kat mana dah tu??
abah; dah nak sampai air hitam ni
aku; huuuuwaaaaaa (aku mmg teriak betoi-betoi hokey!!) macam mana ni? kak nak pakai apa pergi sekolah nanti. semua barang make-up tak ada.
abah; jangan la nangis. tak pa la nnt abah pos.
aku; huwaaaaaaa (anak manja yang dah tak dapat control perasaan)
tettt... perbualan tamat.

dan akhirnya mr ehem jadi penyelamat. dia tolong ambilkan barang make-up aku tu kat tol air hitam. rupanya bukan make-up je tertinggal, tapi siap berpakej dengan 2 pasang kasut tau. sungguh CUAI!.

okey dah tak nangis =)

seminggu jugak la aku tak coret apa-apa kat muka ni.pucat lesi, huduh + buruk je rupa paras pergi mengajar kat sekolah.

dan inilah rupa paras kami yang terpaksa BERDATING;

betul tak tipu. ktorang memang terpaksa berdating sebab incident tertinggal barang tu. KTORANG CUMA PLAN NAK DATING SEJAK HARI AKU DAPAT TAHU AKU DIPOSTINGKAN KAT ULU TIRAM. KALAU BOLEH SETIAP WEEKEND KTORANG NAK DATING. tengok! memang terpaksa kan.


1 comment:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

muka mcm tak terpaksa...
mcm rela...
hehehehe...