Thursday, December 24, 2009

suami yang bengap lagi bengong

sekadar gambar hiasan. sumber google

cam malaun je ada suami sanggup ugut nak cedera isteri sebab perempuan simpanan dia tu. wah sayang gila bagai tatang minyak yang penuh je kat perempuan simpanan dia tu. baik sangat la perempuan simpanan kau tu. semua ni gara-gara percayakan sorang bomoh je pun. kononnya isteri dia la punca perempuan simpanan dia tu sakit. aku terbaca berita ni dalam kosmo tadi. tetiba terbukak hati nak baca kosmo pulak hari ni. dah lama toi aku tak baca kosmo. masa kat hostel zaman tak da broadband lagi aku mampu beli kosmo je sbb kosmo je yang murah. hahaha.. gila nak baca berita pun berkira bab duit.

bila otak, hati dan segala zahir serta batin dok angau kat perempuan cantik, seksi, mengoda cam gitu la jadinya. anak isteri mmg tolak tepi je. berani kau bising, makan penyepak penendang la jawabnya. sampaikan sanggup percaya tilikan bomoh penipu. bila sebut bomoh penipu ni, aku dok terbayang dia pakai baju hitam pastu kain kuning, tinggal kat pondok buruk, rumah busuk dengan bau kemian, berasap-asap. ada keris complete set dengan air dalam mangkuk, pastu ada limau kecik hijau tu. dalam tv asyik dok gambarkan bomoh cam gini je kan.

apa-apa pun kena ambik kira cerita dari 2,2 pihak. mana la tahu si isterinya mmg macam singa terlepas dari zoo, mengaum nak makan daging je kan. sila gambarkan wanita itu berambut gerbang macam singa, muka penuh bedak tempek konon-konon nak kulit gebu, suara bergema takyah pakai mic. okey ada lagi, dia pakai baju kelawar siang dan malam. so tak hairan la si suami ada perempuan simpanan. tapi dari akal fikiran aku ni, bagi aku perempuan simpanan biasanya bukan dari kalangan perempuan yang baik. jenis pisau cukur je. gunakan segala aset yang ada untuk dapatkan kemewahan, porak porandakan rumah tangga orang.
kesimpulannya, aku nak jaga laki aku. tu je =)

1 comment:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

ye...
jika dah ade isteri just tumpu isteri...
wake up semua laki²...
hubungan yg tak baik tak kemana...