Thursday, December 24, 2009

kecil kecil cabai melaka

cili api, cili burung, cabai melaka... pedas, berapi, terbakar, hot, spicy, meletup.. ntah pa lagi nak describe pasal benda yang buat lidah aku pedih ni. tapi sedap!!!!
aku nak cerita pasal budak-budak idola kecik 2 ni. mereka seperti CABAI MELAKA.

dayana, tasha, nurul, jiha, ain, fienaz, aril, adam, sam & maulud. aku rasa vocal dan persembahan budak-budak ni jauh hebat dari peserta AF. kalau rancangan tv3 apa kebenda Lg tu ntah, aku dah lupa pulak. lagi yang mcam langit dengan bumi.

Fienaz. dah terluar 2 minggu lepas. suka akak kat dia ni. suara serak-serak gitu. lagipun dia ni nampak sangat ceria, kanak-kanak riang ria yip yip hureey gitu. dah ada fan club kau. kau ada ?? tak ada kan. ni gambar-gambar bebudak kecik semua ni aku ambik dari fan club dia la.

Azam. penuh feeling dia ni nyanyi. suara mmg besh. muka pun hensem. sayangnya baru umur 12 tahun. tak sesuai dibuat calon. hehehe..


aku tengok dah jadi trend sekarang ni semua orang sibuk nak jadi artis. macam-macam program realiti tumbuh. pastu bukan main panjang berjela manusia pergi audition. dari pagi sampai ke malam, pastu sambung esok harinya pun. nampak sangat kan macam mana berminat dan fanatiknya orang nak jadi artis terutamanya muda mudi.

yang peliknya, sanggup pulak diorang ni tangguh pelajaran demi nak masuk program realiti gini. bukannya maksud aku tak bagus join program realiti ni, tapi kan lagi elok kalau habiskan dulu pelajaran at least persekolahn pastu baru la join benda-benda gini. kalau jadi artis tapi kepala otak tak berilmu tak ada gunanya jugak.

masa tengok ulangan idola kecil ni aku dok baca sms2 yang kain bawah screen tv tu. ya ampun, sah mmg sms gitu datangnya dari budak-budak sekolah rendah hingus pun kering lagi. sungguh ketara tak akhil baligh lagi. tapi bukan main galak lagi. geli tekak aku baca sms diorang tu. menunjukkan terlampau fanatiknya pada benda-benda gini.

"fienaz, awk ni kiut sgt. nak jdi bf awk bleh? nak no phne awk... jejaka cun"
(ni antara contoh sms loya tekak bila baca. dah diedit sikit ni)

OMG!!!!!!!! gedik yang amat la budak-budak ni. ntah ke sunat pun belum. habiskan duit mak bapak je dok sms benda merapu cam gini. bukannya dapat faedah apa pun. bak kata mak aku, spender pun mak bapak yang belikan, ada hati nak mengatal. dengan ejaan ntah apa-apa, kadang-kadang sampai aku kena mengeja satu satu lak. bahasa rojak buah tu tak usah cerita la. tak hairan teruk betul karangan diaorang ni kat sekolah. kalau pasal pelajaran tak da nya pulak nak fanatik cam gini.

rancangan macam ni mmg la melahirkan ramai bakat baru. tak dinafikan aku pun terpegun dengan bakat-bakat kanak-kanak ni. rancangan cam gini menyerlahkan bakat terpendam, membina keyakinan diri. mngkin diorang ni jugak la yang akan gantikan tempat dato siti nnt. seorang yang berjaya dalam kerjaya dia. kerjaya seni ni mmg mendatangkan pulangan yang mantap, tapi kena ingat bukan semudah, sesenang petik jari je. kepada yang tak da kaitan dengan program tu pulak takyah la nak fanatik melampau-lampau. cukup la sekadar anggap tu sebagai hiburan,. jangan la sampai hiburan ni buat kita lupa tentang perkara yang lagi penting.


5 comments:

Aidi-Safuan said...

wahahahahhahhaha...yang orang TV nih plak lepaskan jer sms2 yang pelik2 nih.huhu...

btw, ingatkan owner blog nih adalah adam mokhtar.rupanya ada mokhtar.huhu

xyncaholic said...

tak leh terima knapa fienaz kluar awal.hakhak..
suara ok..spatutnya maulud kluar..ahaks..
maafin ya fans maulud..

Anonymous said...

u masa kecik2 pnh main surat cinta ayat2 mcm tu gak kan...
hehehe

ada.m0khtar said...

mm dah silap teka jantina i aidi.. hehehe..

suara fienaz best kan.. layan je bila dia nyanyi. maulud lagi menyerlah bab menari kan... wah tetiba bagi komen cam juri..hehehe

ishhh.. i tak penah buat gitu tau.masa kecik-kecik i ingat cinta tu sejenis keropok je tau. hehehe

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

peminat setia ko rancangan nie...
hehehehehe...