Monday, December 14, 2009

skandal tiger woooooods


title ala-ala mamarazi gabra bergosip. kecoh je sana sini pasal skandal si harimau belang tu sekarang ni. bernafsu gila, bukan sorang dua, 13 kau!!!.. YA TUHAN... sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh gedebuk juga. hahahaha..

OMG!!! rumus theorem ciptaan lelaki yang cukup menggerunkan. aku dah pernah tengok rumus ni. tapi tadi mr ehem send ni kat aku. suka sangat la nak menyakat aku. baru sorang awek dah kecoh. *pasti ke sorang ni??? i kena sentiasa double check. hehehe.. tengok si woods tu. cool je, tak da kecoh-kecoh pun kan.

theory ni mgkin gurauan je, tapi as WANITA/PEREMPUAN aku rasa ada baik menilai diri berdasarkan theory ni. bukan apa, untuk kebahagian diri sendiri gak. lelaki mungkin akan rasa rimas bila pasangannya banyak menimbulkan kelecehan. dalam kata lain mendatangkan masalah. so wujud la rumus WOMAN=PROBLEMS ni. tak boleh nak salahkan lelaki kalau dia mula berubah or buat perangai kat belakang pasangannya.

dah nama pun lain jantina, mesti la banyak perkara yang berbeza kan. kadang-kadang perkara tu nampak complicated dan patut sangat-sangat-sangat penting bagi perempuan, tapi sebaliknya bagi lelaki. istilah LECEH automatik wujud bila cam gini. jalan nak elakkan benda ni jadi, perempuan kena la cuba memahami lelaki dan cuba terima keadaan tu. hari ni aku mmg cakap pasal kesalahan perempuan. sekadar untuk memperbaiki diri aku sendiri je. kalau korang rasa betul, buleh la jadikan iktibar jugak. ha!!! yang lelaki tu pulak jangan la bangga macam kau tak da kesalahan. tunggu!!! coming soon guys!

perkara yang aku rasa patut dielakkan;

mengongkong hidup lelaki. kalau dah sepanjang masa kau nak dia call kau bagitau apa dia tengah buat, ada kat mana, dengan siapa, keluar pukul berapa, bila nak balik, pakai baju apa, bla...bla..bla... RIMAS BEB! dah cam kau tak percaya kat dia la pulak. tak ada orang suka dikawal. semua nak diaturkan. tapi tak tahu la pulak kalau kau gitu. something wrong okey!!!. dah alang-alang kau tak percayakan dia, baik dia kelentong kau je kan. tul tak??

over manja. mmg patut kena tinggal kalau perangai over mengada-mengada, manja mengalah baby dalam buaian. merengek tak tentu pasal. baby dalam buaian iye la tak reti berdikari. kalau kau yang dah tua bangka ni mengada-ngada bergantung je sepanjang masa pada dia, mmg parah la. kalau sikit-sikit tu mungkin la dia rasa kau comel, tapi kalau dah melebih-lebih, mmg MUAK la. sikit-sikit nak merajuk. pastu bukan main payah nak pujuk. kena melutut bawak bunga sedozen bagai. mmg kontang la dia.

mencabar lelaki. lelaki ni ada egonya sendiri. perempuan pun ada gak. tapi tak da la setanding lelaki. benda ni dah mmg semua sedia maklum. payah sangat la nak ubah benda ni. so nak tak nak, kena la buat-buat terima. setiap pasangan mesti akan bergaduh. sedangkan lidah lagi tergigit, ....... sambung sendiri jelah. kau jangan la melawan dia bagai nak menang kes kat makhkamah. ditambah pulak dengan ayat-ayat pedih, menghiris kalbu dia. pastu siap pakej bebel tak henti-henti. BINGIT!!! mungkin dia akan diam je, tapi dalam hati siapa boleh baca kan. membara, berapi-api tu. sekali dia rasa tercabar, padan la muka kau. makan hati jelah tengok dia berkepit dengan awek lain.



yang baik jadikan panduan, yang tak baik jadikan iktibar. aku tulis ni melalui pengalaman aku makan seguni garam je. tak dinafikan lelaki mmg sangat-sangat-sangat-sangat-sangat susah untuk dijangka. banyak sangat kerenahnya. nampak alim, warak, innocent tapi sekali bukak kopiah je, OMG!!!! setan! *wah suka dapat hentam.. hahahahaaha... 2,2 pihak kena saling main peranan. perempuan cuba senangkan lelaki, maka lelaki sila menghargainya. baru bahagia. ~END


No comments: