Monday, December 14, 2009

Color Me Corby

pink, hitam, putih, kuning, oren.... mana 1 nak pilih ni? kena baling dadu dulu ni. okey, aku pilih PINK. muktamad! Samsung berbesar hati bagi peluang kepada 75 nuffnangers untuk join Carnival Samsung Corby. dan kalau bernasib baik juga, siap ada peluang menang Samsung Corby Mobile Phone yang comel cam kat gambar tu. gila sempoi kan. WARNA WARNA gitu. sewarna warni hidup aku.


tak ada apa yang lebih menceriakan aku daripada kehadiran keluarga aku. abah, emak, adik-adik aku; syima, anies, p`qah dan mimie. keluarga besar yang sentiasa KECOH bermula dari celik mata sampai pejam mata balik. kami sentiasa bersama walau ke mana pun. dan sangat bahagia begitu. abah yang sentiasa overproctective, tapi aku ttp hargai. A sampai Z dialah yang buat keputusan. keputusan yang baik untuk aku dan keluarga. ye, aku respect sangat keputusan yang dia selalu buat. itulah yang terbaik act.


aku yang pakai pink. cam sesuai bagai merpati dua sejoli je kan bila ada pinky samsung corby phone tu. mungkin dah jodoh aku.. hahahaha...

pernah tengok kartun ni?? ni la kartun kegemaran family aku. SUNGGUH BAHAGIA BILA 1 KELUARGA GELAK CAM NAK PECAH PERUT MELAYAN KARTUN NI. ni aktiviti wajib aku dan keluarga setiap minggu.

dan 1 perkara lagi, watak mak ataschinci tu iras dengan dengan perangai emak. hahahaha.. mmg siap la aku kena sekeh kalau emak baca ni. SANGAT KELAKAR!!! contohnya bila meringkaskan perkatan bila taip mesej. mmg sangat complicated nak paham apa kebenda la yang emak tulis tu. emak aku ni ada masalah rabun sikit, so tak buleh nak focus sangat bila taip mesej. emak kata bila umur dah meningkat mmg jadi cam gini. tapi degil tak nak pakai cermin mata gak tu.

walaupun dah besar gajah, tua bangka... aku dan adik-adik tetap tidur sebilik dan sekatil tau. bukannya tak cukup katil, tapi kami akan rasa senang dan selesa cam gitu. walaupun sentiasa bergaduh perang-perang, tapi bila jauh dari mata mmg rasa rindu sangat.

hidup aku mmg tak kan berwarna tanpa abah, mak dan adik-adik. aku sayang sangat-sangat mereka ni. restu keluarga adalah paling penting dalam hidup ni. tanpa restu ni, tak kan berkat dan menjadi apa-apa pun yang dibuat. ~



4 comments:

NurulAmnie said...

stuju ngan perenggan last.
tanpa mereka, siapalah kita :)

ada.m0khtar said...

dats right. hehehe

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

baguslah ikatan adik beradik kuat...
kene sentiasa kuat tau...

ada.m0khtar said...

insyaAllah.. kakak kena la jga adik-adik kan. wah penuh tanggungjwb gitu. hahaha