Tuesday, December 29, 2009

anda mahu menjadi penoreh getah yang cemerlang? ikuti tips ini

I dah jadi penoreh jaya, U bila lagi.
jangan fikir hanya dengan menyertai MLM je anda akan mendengar testimonial I sudah berjaya, U bila lagi.

anda pernah menoreh getah? tidak pernah ye. sebenarnya kerjaya sebagai penoreh getah ni sangat bagus tau. selain hasil yang lumayan, anda juga akan mendapat ketenangan bila berada di kebun getah. saujana mata memandang serta meleleh-leleh peluh menitis.


untuk menjadi seorang penoreh getah yang cemerlang dan terbilang, sila berpakaian sebegini ye. pakai seluar panjang bagi mengelakkan pacat merayap di kaki anda.. jeans lebih afdal untuk memastikan pergerakan anda tidak terbatas. baju berlengan panjang untuk mengelakkan gigitan nyamuk. jadi anda tidak perlu tergaru-garu. harus pakai tudung bagi muslimah yang sudah baligh. make sure tudung tu colorful, ini dapat menakutkan haiwan buas dari mendekati anda.


inilah titisan susu getah yang baru sahaja ditoreh beberapa jam sebelum gambar ini wujud. torehan ini hanya dilakukan oleh kanak-kanak sekolah rendah. maksud tersirat di sini adalah, jikalau kanak-kanak boleh melakukannya, inikan pula anda. pasti hasil torehan anda lebih memberangsangkan dari ini.

sungguh gigih sekali penoreh muda ini kan. sila percaya yang dah 100 pokok getah telah berjaya ditoreh dalam masa sejam. kau buat-buat tak nampak je la dia menoreh guna ranting kayu dan bukannya pisau penoreh.



berehat sebentar setelah penat menoreh. dah segelen peluh mak mencurah nok. sebaiknya anda membawa bekal nasi lemak 2,3 bungkus dan teh tarik ke kebun getah. time sebegini anda pasti rasa amat-amat-amat lapar seperti mahu telan orang.


harus park kereta jauh berbatu dari lokasi kebun getah. ini kerana terlalu bimbangkan kereta digigit nyamuk. lagipun ini juga sejenis exercise untuk membakar lemak tepu di bahagian pinggung anda.

anda hanya perlu melenggang kangkung tanpa membawa hasil kutipan getah kerana orang lain yang akan membawanya ke tempat jualan. jimat tenaga bukan. sungguh mudah kerja penoreh sekarang. okey, mungkin anda boleh mengutip segala jenis ulaman yang boleh dimakan yang tumbuh di kebun itu. sambil menyelam minum air ye. jaga-jaga jangan sampai tersedak pulak.


setelah berhempas pulas menampar nyamuk di kebun getah, anda bolehlah mengutip hasil jualan di sini. jangan lupa bawa sebotol perfume ke sini ye. bau nya sungguh enak sekali. emak cakap, jangan sesekali sebut perkataan busuk, kerana ini adalah bau duit. sila terus mandi bila pulang ke rumah. dan seterusnya pergilah berbelanja menghabiskan duit hasil jualan itu.

cukup sampai di sini saja tips menjadi penoreh berjaya yang dapat I kongsikan. tips ini hanya sesuai dikongsi ketika harga getah sedang melonjak sahaja. sekian terima kasih =)

5 comments:

..nOj.. said...

bukan main kemas lg pakaian nk g menoreh... mmg cayala... haha

Aidi-Safuan said...

nape picture 3 orang gadis yang sedang berdiri tuh cam spice girl?huhu

ada.m0khtar said...

hehehe... biasalah, kena jaga penampilan kat mn2 je.. reputasi itu penting..

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

kalau aku ade ladang,
pasti aku usahakan...
huhuhuhu...
tp xder...

ahmad said...

aku tak pernah lagi jumpa pokok getah secara live...hehehe