Tuesday, November 3, 2009

standard bongsu la gitu

wisdom tooth... alahai kiutnya nama. tapi azabnya, aduuuiiihaiiii can't explain it. AZAB!!!
aku selalu je dengar orang cerita pasal keAZABan si manja ni dulu. ha, sekarang padan muka aku,dah kena pun. sakit la weh! tak selesa tul. nak makan pun susah ni. gusi dah bengkak, pastu rasa berdenyut-denyut. badan rasa cam nak demam la pulak.. hhiissshhhh!

petang tadi aku search info pasal geraham bongsu ni, nasib baik ada encik google budiman lagi baik hati. incik google cakap , wisdom tooth ni tumbuh masa remaja or bila dah masuk umur 20an. punya la lambat dia tumbuh kan , tapi bila tumbuh bukan main manja lagi ek. ni gigi geraham ketiga setiap manusia. ko ada tak? sila check sekarang jugak. kalau tak da maknanya bukan manusia la tu. manusia normal cam aku ni ada 4 gigi geraham bongsu. 2 kat atas, 2 kat bawah. yang kat atas biasa nya tak banyak menyusahkan kita. tapi yang bawah ni agak rumit sebabnya kesimpitan ruang untuk dia keluar. so mula la dia terbenam takpun keluar senget. tak semua orang cam gini. kalau gigi tu tumbuh & keluar dengan elok, tak da la rasa sakit sangat pun.. may be setakat deman manja je.

TAPI bila gigi tu keluar tak ikut garis-garis normal (terbenam or senget benget), maka mula la dia mengundang padah pada diri kita. termasukla aku ni yang tengah menderita yang amat sekarang. komplikasinya ; sakit, jangkitan, bengkak, penyakit gusi, nafas berbau, gigi sebelah rosak & susah nak bukak mulut.

okey, cara nak reduce kesakitan ni pulak; makan je painkiller. selain tu boleh gak kumur dgn air garam. aku dah test tadi.. mustajab gak la cara ni. berkurang sikit denyut-denyut. jangan lupa buang sisa makanan yang terlekat kat gigi. guna je flos. kalau nak hilangkan kebas pulak, hisap je ketul ais. insyaAllah berkesan la nak kurangkan sengsara tu.

kalau keadaan dah kronik, demam, bengkak gusi kat keliling gigi bongsu, bengkak muka, susah nak menelan, susah nak bukak mulut better la pi jumpa dentist. tak yah dok tunggu lagi. makin umur bertambah, makin payah nak cabut gigi tu sebab tulang dah jadi keras. . esok kalau mr ehem tak bizi, aku nak nyusahkan dia tolong hantar merangkap teman aku jumpa dentist. huhuhu CUAK!!!


aku ada dengar cakap-cakap kelambu yang kalau dah tumbuh gigi bongsu ni maknanya makhluk tu dah terkategori as adult. tumbesaran pun akan stop di saat itu. betul ke cam gini ek? huhuuhu
sedihnya!!! maknanya aku akan kekal dgn ketinggian & kekeringan ni la ek... huuuwaaaaaaaa


7 comments:

ada_hairuni said...

haiya. kita serupa... sangat sakit wisdom tooth pain .. ni pun dah demam..

ye tumbesaran akan berhenti.. mengalami masalah kekurusan skrg :(

ada.m0khtar said...

OMG!!! sedey nya.. i nak membesar lagi.. huhuhu.. try kumur dgn air garam..

Niijiusan said...

ada, aku dh kena... seyes teruk gila!!!! gi jumpa dentist bukan kena cabut senang2 tau. kena operate~ habis RM300... Rasanya ko dh baca entry aku pasal ni kan? bengkak besar!!

http://yea-yeah.blogspot.com/2009/03/tatkala-aku-melangkah-ke-dalam-bilik.html#comments

http://yea-yeah.blogspot.com/2009/03/mama-sakit.html#comments

yang best - dapat mc.. yang xbest, ko duduk ke, baring ke, berdiri ke, tunduk ke, sentiasa sakit, pastu nk tdo tak boley, demam konpom pnye....

ada.m0khtar said...

a'ar ek, lupa plak ko dah kena.. tadi dah pi jumpa dentist.. gigi aku tumbuh elok je.. just biasa la, demam& sakit manja... hehehe.. dia kasi painkiller je ni

Niijiusan said...

bertuahnye... jeles saye~

kersani said...

haha! i don't really believe such thing like bila tumbuh gigi geraham, tumbesaran dah habes...

x betul kot!

:D

ada.m0khtar said...

niikuisan_ nasib i baik ;)

kersani_i dgr cakap2 kelambu je tu.. tp mmg i harap sgt2 semua tu tipo je.. hehehe