Saturday, November 7, 2009

sekali cuba pasti nak lagi

bizi sungguh aku minggu lepas. hari ni aku dah buleh tarik nafas selega-leganya (TTAAAAARRRRIIIKKK.... LLLLEEEEEPPPPAASSSS>>>> jerit sekuat harimau!!). segala report, asgnment penyemak otak dah selamat kat atas meja lecturer. selamat berpening kepala ye mr & madam bila baca report aku yang sengal tahap kanak-kanak kindergarden tu ;)

last monday aku attend ceramah antidadah. pegawai dari ADK dijemput untuk bagi ceramah. ceramah ni mmg wajib kena attend sebelum graduate. berpinar otak aku dengar ceramah tu. aku tak brapa minat dgn hal dadah-dadah ni. incik mokhtar tu tiap-tiap hari dok menyebut benda alah haram ni. sampai dia pun dah ada gaya drug addict.. hahaha. .. masa zaman kanak-kanak bawah umur , aku selalu je dok menyemak melepak kat pejabat narkotik tempat incik mokhtar dok merampuih mat gian. smpai 1 thap, aku mesti rasa gatal seluruh badan bila tengok perkakas or benda-benda yang berkaitan dengan benda haram tu. masuk pejabat narkotik je aku mula la menggaru.. TAK SUKA!!

pa yang aku dapat dari ceramah tu? jawapannya adalah segala yang korang buleh nampak kat bawah ni. tu je yang aku dapat. yang lain adalah masuk telinga kanan-keluar telinga kiri ;)

dapat MAKAN FREE .. benda paling nikmat adalah makan free. betoi tak? ;)

. Anda cuba, Anda sengsara .
mat gian tak rasa sengsara pun bila dah cuba, tapi manusia dikeliling dia la yang rasa sengsara

kehadiran penuh gitu. terkejut aku tengok manusia-manusia kaki tuang kelas buleh wujud kat ceramah cam gini. caya lah!! tahniah kepada anda-anda kerana buleh bangun pagi..


gambr gediks hasil camera hp syazwana. aku suka la pulak function hp dia. selama ni aku dok pikir samsung tak best, rupanya buleh tahan gak. harga pun cam cantik je.


aku dapat bayangkan macam mana payahya mat gian yang dah terjebak dalam dadah ni nak balik ke pangkal jalan. sedangkan perokok pun payah nak tinggalkan rokok, ni pulak mat gian nak tinggalkan dadah kan. GIAN tu memang menyeksakan. contoh terdekat aku; mr ehem yang sakit ketagihan rokok (sejenis penyakit ke tu?). punya la payah nak tinggal rokok dia tu. sampai kena pergi farmasi cari something yang leh reduce ketagihan tu. mahal ko! chewing gum nicotine tu pun dah sampai 20ringgit. kalau yang jenis lekat-lekat kat badan tu 75ringgit. nak yang lagi hebat makan pil. sehari sebijik. 150ringgit ko harganya. huuihhh!!! harap berjaya la mr ehem berenti merokok. i support u sayang.. hehehehe... u kena jadikan incik mokhtar idola u. dulu dia pon smoker, tapi buleh gak berenti. dah 13tahun dia tak merokok tau. ;)

balik semula kisah mat gian dadah ye. may be masa dalam pusat serenti mat gian ni buleh avoid najis tu, tapi bila dah keluar dari pusat serenti cam na pulak kan. iman memang kena tahap imam masjid negara la kan. tempoh 2 tahun kat pusat serenti tu terlalu singkat. tapi banyak cantik la pulak nak bela diorang tu lama-lama, menyedap je makan free kan. lagi bagus kalau kerajaan tambah gaji aku kan. korang nak jugak ek? okey2, lagi bagus kalau kerajaan tambah gaji KITA kan. aku pun tak paham cam nak pemikiran mat gian ni sampai leh terjebak dengan benda haram tu. kesian orang-orang terdekat dengan diorang. tak pasal-pasal je kena tanggung sengsara. incik mokhtar selalu je cerita yang mat gian ni ada yang umur dah tahap atuk-atuk yang mmg patutnya ada kat masjid dok wat amal ibadat je. kalau setakat ko gian sorang-sorang tak pa, ni menyusahkan orang pulak. HIV dah 1 bala. mencuri, menyamun, merompak, meragut, & segalanya la nak cari duit beli najis tu. mahal kot harga najis tu. MMG MENYUSAHKAN ORANG LAIN. tak pasal-pasal je orang lain jadi mangsa.

pokok pangkalnya, kenalah berpikiran waras. hidup ni biar ada pegangan agama. mak bapak jgn la tak amik kisah pergerakan anak-anak. tau-tau la remaja tang, tang, tang mudah sangat terpengaruh, perangai nak mencuba tak bertempat. PIKIAQ LA SENDIRI NOH!

No comments: