Sunday, November 29, 2009

pengorbanan kakak demi adik


aku dah ada geng layan blogging kat umah ni. mimie pun dah berminat nampaknya. bermaharajalela pulak dia guna laptop & broadband berblogwalking. aku ni pulak kena mengalah dengan dia. ishhh!! geram toi aku dengan budak kecik ni. kacau daun je. tersengih-sengih baca blog sarah al-idrus, yang entry potong-potong-potong tu.


xpa la, anggap je pengorbanan Aidiladha kan ;)

" it's ok my dear mimie, i don't mind. guna je sepuas hati mimie. laptop kak, laptop mimie gak. broadband kak, broadband mimie gak. lagipun abah kita yang bayar. jadi kita sama-sama guna je dik ;)"

wah bukan main baik hati, ikhlas berbudi pekerti, penuh pengorbanan kan. contoh yang baik untuk diikuti. berbuat baiklah sesama adik beradik ye. ;)


semalam aku ngan mimie sama-sama wat muka slembek kat kg, demam. ;-( tapi mimie sihat sekejap bila jumpa geng cousin kanak-kanak sewilayah umur. bukan main sakan lagi dok mengedik main. siap gaduh-gaduh pakai surat layang dengan tetamu yang datang,. isunya pasal anak tetamu tu kata geng mimie ni gedik. then si mimie & da geng tulis surat kat empunya mulut tu. aku tak baca pun surat tu. tapi kecoh gak la my mum dgn my untie dok bercerita gelak-gelak pasal surat tu. ala-ala cam gni la bunyi surat tu.

"dah la ampa mai umah tok kami, nak kata kami gedik pulak. ...bla..bla..bla... harap balas"

panjang gak la surat tu. kat bawah surat tu ada sign nama amalina. amalina tu my lil cousin. baru umur 4tahun. cakap pun tak berapa betul lagi, tetiba la buleh hebat menulis surat. tak pasal-pasal je nama budak tu gak naik. puas mak aku tanya mimie sapa yang tulis surat tu, jangan harap la dia nak ngaku kan. paham dah perangai dia tu ;)


2 comments:

Niijiusan said...

baguss bagussss~ kecik2 blajar buat surat. nanti exam boley pilih soklan surat rasmi..

p/s: surat layang ditulis dalam format apa?

ada.m0khtar said...

hahaha.. format surat kiriman tidak rasmi..