Thursday, November 12, 2009

apa ada dgn BP?


semperna menghitung detik-detik nak angkat beg & segala bagai barang-barang dari batu pahat ni, aku nak share kat sini perkara-perkara terhebat di BATU PAHAT. boleh jadi info kalau korang datang sini. boleh gak jadi kenangan bila aku dah dok kat tempat lain pulak. maklum la, kalau tak tulis, bukan nya aku boleh ingat semua benda kan.

aku dah 4tahun dok kat sini, rasa sayu la pulak bila nak tinggalkan tempat ni. ntah bila la pulak aku dapat datang sini. *__*' . tapi korang jangan doa aku dapat posting kat batu pahat lak, dah tak larat aku nak ulang alik dari selatan ke utara. lenguh badan aku tau!!


apa yang ada kat Batu Pahat ni?


MEE RACUN. kalau datang sini, make sure korang cari benda ni. MEMANG SUPERB!!! sehingga menjilat pinggan. ketagih kalau skali dah kena. ada 2 kedai yang aku suggest khas untuk korang. 1 kat taman koperasi, 1 lagi kat depan Maybank Bukit pasir.. nnt mesti aku dok mengidam nak makan benda alah ni. naya gak laki aku nak mencari makanan ni kalau aku dapat posting kat utara.. hehehe



SUP SITAM. kalau korang makan sup pekat ni tiap-tiap hari dalam seminggu, mmg confirm la masuk ward. LAZAT!!! kedai sup ni kat bpwalk. aku pernah tulis entry pasal sup sitam colour hijau ni dulu. pastikan anda cuba sup ni. aku rasa nak suggest kat maria tunku sabri je sup ni. BEST!!!



KEREPEK PARIT RAJA. rugi tul la kalau datang batu pahat tak beli kerepek. sebut je kerepak pa korang nak, semua nya ada. tak terbilang jumlah kilang kerepek yag ada kat daerah ni. masuk je parit mana-mana, ada je kilang kerepek. tapi kalau nak mudah, pergi je beli kat arked Parit Raja. tiap kali raya, aku la jadi mangsa mengangkut kerepek2 ni naik bas semata-mata nak jamu keluarga tercinta yang dok mengidam kerepek parit raja ni.



BERIANI GHAM. batu pahat ni mmg terkenal dengan super beriani gham. SEDAPPP!! banyak je kedai beriani gham ni. mak aku kalau datang sini comfrm cari ni. siap beli rempah beriani buat bekal.. pastu mula la, tiap2 hari dia nak masak beriani.. antara kedai yang famous aku suggest kan untuk korang_ kat benteng, depan hospital pantai batu pahat. kat taman area hospital batu pahat. kat bukit pasir, area maxis centre. kalau nak yang murah pergi je kedai kat depan kilang sharp, jalan menghala ke keluang.



SALOON. sini mmg syurga nak buat rambut. nak perm, rebonding, sebut je. banyak toi saloon, siap berlawan2 harga lagi. KIMO, JAMES POH, CURE TREAT, HEADLINE, CAPELI, SCORPION, 2AM, bla..bla..bla,.. banyak, tak tersebut aku kat sini. servis sentiasa memuaskan hati. dijamin.... perghh cam leh dapat diskaun la pulak cara aku dok promote ni kan.. hehehe



RASA MACAM BERADA DI OVERSEA. ni mmg paling special. bila korang jejak je kaki kat sini, korang boleh nampak warga-warga asing dari macam-macam negara dok bercinta-cinta kayuh basikal, ala romantik ala-ala movie korean tu. pastu korang-korang yang tengah drive sila pastikan break anda sangat-sangat berfungsi. diorang ni mmg la sesuka hati je buat jalan raya tu macam tempat berkejar-kejaran, bersiar-siar, bercinta-cinta. paling hebat korang akan nampak diorang picnic di tengah-tengah jalan raya. ala kat tempat majlis bandaran tanam-tanam pokok kat divider jalan tu.



cukup setakat ni dulu ye, nanti aku akan tambah lagi hokey. ;)


2 comments:

Atiqah Adnan said...

macam menarik je..
tulaa kalau takde sedare kat batu pahat tu susah juga nak kesana.. hehe

ada m0khtar said...

xpa2, nnt infrm je i kalau nk datang batu pahat. stakat nak bgtau jaln,kedai makan boleh je.. tu pun kalau btu pahat ni tak berubah la.. hehehe