Tuesday, November 10, 2009

manusia-manusia yang bajet bagus!! aku jelak dengan korang


selama ni aku hanya melihat, memerhati & mendiamkan diri melihat tingkah diaorang. OWH!!! aku dah tak tahan. sakit mata, sakit hati!! dah makin melampau diaorang tu. dah cukup bagus ke diaorang tu suka hati je nak jadikan maruah orang sbgai bahan lawak, gelak tawa.
ENOUGH!!! perangai ini dah makin menjelakkan hokey!.

aku pun pelik dengan manusia-manusia yang tak pernah senang tengok orang lain senang. ada je bahan nak dikutuk, digosip, digelak, diejek. rasanya sepanjang hidup mangsa tu, dia tak pernah menyusahkan manusia-manusia yang bajet bagus tu. tapi kenapa dia jadi mangsa gak. apa yang tak kena dengan mangsa tu sampai manusia-manusia bajet bagus tu sanggup tak berhati perut nak hina, kutuk, maki.??? dia pernah pinjam korang ? dia pernah pinjam keringat korang ke? dia pernah masuk campur hidup korang ke ha manusia-Manusia bajet bagus.


hentikan la mengutuk, mengeji orang wahai manusia-manusia bajet bagus oi!!! korang tu tak da apa yang bagus pun. muka tak da setanding hero dalam tv pun, ada hati nak kutuk physical figure orang lain. perangai korang apatah lagi kan. poket pun tak berhabuk je. setanding la muka korang tu. siapa korang nak mengutuk, mengeji kejadian Allah swt??? at least mangsa kutukkan korang tu jauh lagi berkebolehan dari korang!!


aku rasa manusia-manusia bajet bagus ni saja je create something yang boleh dijadikan agenda untuk hidden diorang punya kelemahan. bila kutuk_kutuk orang, maybe diaorang rasa motivate. technique nak tingkatkan self-esteem sndiri la tu. kesian kan!!! maklum la, nothing yang special ada pada diorang tu, pastu jealous bila tengok orang lain lebih bagus. so alternatifnya adalah cari kelemahan orang yang jauh lebih baik tu, then jadikan bahan nak mengutuk. CIS!! busuk punya perangai.. ingat orang suka ke korang dok mengutuk-ngutuk tu??? sorry to say la, orang pretend je suka korang sbb malas nak layan korang tu. malas nak jadi mangsa kutukkan seterusnya. malas nak cari gaduh. SBB, korang tu sangat-sangat la kebudakkan, tak matang!!!



sedangkan mangsa kutukan manusia-manusia bajet bagus tu pun boleh bersabar, bertahan & sanggup maafkan manusia-manusia yang menjatuhkan maruah dia dengan tak da belas kesian langsung, aku harap sangat manusia-manusia bajet bagus ni dapat CERMIN DIRI sendiri. nilai diri anda-anda tu layak ke nak mengeji, mengutuk orang. setiap manusia Ciptaan ALLAH swt sama je. kelemahan yang dicipta bukan diminta, tapi sebagai dugaan. jadi APA hak anda-anda manusia bajet bagus nak melekehkan hal tu???


aku menulis ni atas dasar nak korang berubah. buang la perangai mengutuk orang tu. seronok sangat ke dapat sakitkan hati orang?? seronok sangat ke dapat jatuhkan maruah orang?? cuba bayangkan korang pada situasa mangsa yang dikutuk... PEDIH KAN!!! marilah kita sama-sama buang yang keroh, amik yang jernih. aku tak nak pengalaman yang sepatutnya berakhir dengan gembira ni berakhir dengan perasaan saling tak puas hati. dah bertahun kita sama-sama tempuh, lalui pengalaman ni. so biarlah segalanya jadi kenangan manis. ingatan yang kita tak nak lupakan sampai bila-bila.


aku mohon maaf andai terlancang bicara. aku hanya mahukan yang terbaik untuk semua orang. PLEASE!!! aku pohon, buang yang keruh, ambil yang jernih!!!




7 comments:

Anonymous said...

ala2...
sdhnye dgr...
jgn emo2 sgt ye...
nnt cpt monopous...
hehehe...
whateva i still with u dont worry...

ada.m0khtar said...

hehehe.. it's not bout me la syg.. tapi tolong geram bagi pihak my friend. hehehe... muda lagi la, mn monupous

Anonymous said...

i know that...
sbb u nie mmg caring ngn org len...
hehehehe...
bgs2...

ada.m0khtar said...

hehehe.. terutamanya anda

Lynda.CG said...

stuju sesangat dah-ling.
manusia2 yg suke mengutuk org ni dasar takde keje agaknya. ada sapa cara jalan nk cari bahan utk dikeji dah dikutuk. x pkir perasaan org yg dihina kdg2 smpi melampau batasan sbb spread kan benda yg di keji tu. semoga kita semua dijauhkan dari manusia2 yg tak sedar diri mcm ni kan.

amin..

ada.m0khtar said...

amin... kalau tak muhasabah diri mmg cm g2 la jadinya kan

atiQah adNan said...

selagi dunia ni bernyawa selagi itulah manusia macam ni terus wujud..
betul..