Tuesday, February 17, 2009

aku suker cantek~

disbb kn sumer makhluk b'nama manusia kt dunia & planet2 yg swaktu dgn nyer suker unt0k kelihatan cantek x kire r kt mata sape2 p0n... husbnd ker, mmber ker.. fmily ker... pape jer r..
so, akak 'ada ingn menkongsikn petua2 yg buleh dipakai untok kelihatan cantek jelita di mta2 sumer org..
petua2 ni sesuai dilaksanakan & tidak mngandungi bahan2 terlarang.... layannnnnn


unt0k mata ala2 model pati ayam brand inner shine~

BULATAN HITAM BAWAH MATA

Hancurkan/tumbuk daun pudina segar dan letakkannya di sekitar bahagian mata. Biarkannya selama 10 minit sebelum mencucinya menggunakan air sejuk.

MATA SEMBAB
Mata sembab boleh dikurangkan dengan menggunakan potongan ubi kentang segar. Caranya adalah dengan meletakkan potongan ubi kentang di atas mata selama beberapa minit.

KELETIHAN MATA
Lembabkan 2 uncang teh ke dalam air panas. Setelah itu, sejukkan uncang teh tadi dengan memasukkannya ke dalam peti ais. Setelah ia sejuk, letakkannya ke atas mata selama lebih kurang 15 minit.



untok kulit tulus mulus~


HILANGKAN PARUT
menghilangkan parut Sebenarnya petua untuk menghilangkan parut ni mungkin telah ramai yang tahu dan pernah buat. Petua ini menggunakan daun lidah buaya untuk membantu memudarkan parut (tak kira parut jerawat ke atau parut di badan) Caranya adalah dengan mengambil daun lidah buaya, buang duri di kiri dan kanan daun. Kemudian buang sedikit kulit daun tersebut untuk mendapatkan lendirnya. Sapu lendir daun lidah buaya tersebut pada parut di muka atau badan. InsyaAllah parut akan cepat sembuh terutama sekali parut yang masih baru.
menghaluskan dan menanggalkan daki di badan

cara1:
Bahan-bahan
: daun sirih, beras
Cara : Blend segenggam beras sehingga halus. Kemudian tumbuk beberapa helai daun sirih sehingga lumat. Campurkan kedua-dua bahan tadi dan kacau sehingga sebati. Sebelum mandi, lumurkan dahulu campuran sirih & beras tadi ke seluruh tubuh badan. Kemudian gosok-gosokkan ia dengan perlahan sehingga semua bahan yang telah dilumur tanggal dari badan. Petua ini bukan sahaja menjadikan kulit badan anda halus, malahan ia juga akan membantu menanggalkan daki dan mengharumkan serta menyegarkan bau badan anda. cara2: Gorengkan beras tanpa minyak sehingga keperang-perangan,kemudian dikisar. Then tumbuk hingga hancur 1 inci kunyit hidup. Kemudian gaulkan beras dan kunyit tadi bersama-sama segenggam asam jawa yang telah dibancuh dengan sedikit air. Ramuan ini perlu diperapkan dahulu selama lebih kurang sejam. Apabila hendak mandi, gosokkan bahan-bahan tadi ke seluruh badan selama 5 minit. Bahan-bahan ini berupaya untuk menanggalkan sel-sel kulit mati dan juga daki. Kemudian bilas dengan menggunakan air biasa. Petua ini elok jika diamalkan seminggu sekali.


unt0k mahkota wanita, laki p0n buleh gak~


Petua Mengurangkan Rambut Gugur :
cara 1: Caranya adalah dapatkan daun lidah buaya, ambil lendirnya sahaja. Kemudian campurkan lendir daun lidah buaya ini bersama dengan bunga raya putih dan juga daun bunga tersebut. Ketiga-tiga bahan ini dimasukkan ke dalam blender dan blend menggunakan sedikit air (sedikit sahaja). Setelah itu sapukan ramuan yang telah siap tadi ke akar rambut anda. Pastikan ia kena pada seluruh kulit kepala. Biarkan selama lebih kurang 30 min, kemudian mandi dan bilaslah rambut anda seperti biasa. Bagi mereka yang mempunyai masalah kelemumur, syampu rambut anda menggunakan jus buah limau purut. Hasilnya, hmmmm....anda akan dapat lihat sebaik sahaja rambut anda mula mengering. Yang pasti, anda akan merasa cukup selesa selepas itu. p/s : bagi yang sukar untuk mendapatkan bunga raya putih dan daun lidah buaya, saya nasihatkan mulalah menanam pokok-pokok ini di rumah anda, walaupun hanya menggunakan pasu sahaja.


bersua lg di sesi petua b'sama akak 'ada di len ms yer...~ daaaa

2 comments:

mOOn said...

kak. Saye nak petua ilangkan kutu di kapla la. De x??


P dan S :tiba2 aku dapat menghidu bau mu yg busuk itu! hahaha. welcum to da club!

Asyraff Zulkifli said...

saye perlu 4tips;
1. tips diet
2. tips naik berat bdn tapi xnk gemuk
3. tips ilang dandruff
4. tips ilang muna dari bumi ke planet marikh ada x?