Tuesday, September 14, 2010

edisi aidilfitri

huh! meleleh-leleh peluh kat dahi ni baru dapat update entry ni. sangat-sangat sakit hati ni mengadap internet yang lembap ya rabbi. berkobar-kobar semangat aku nak update tau. benci sangat broadband ni bila duduk kat kawasan ceruk-ceruk ni kan. esok jugak nak ajak encik mokhtar pergi TM. dah tak dapat nak sabar lagi ni., harus pasang strymx nampak gayanya.

okey mengucap dulu. jahat je syaitan ni bakar-bakar hati aku nak mengamuk kat broadband. kembali ke pangkal jalan. syukur Alhamdulillah, dapat juga update. okey dah boleh senyum ni. blogger lain dah menderam-deram tayang gambarajah raya sakan depa. so aku pun nak ambil kesempatan ni nak buat ucapan khas ikhlas dari hati untuk semua yang berkaitan dengan aku samaada masih hidup ataupun telah meninggal dunia.

harus la letak gambar raya dulu baru ada feel nak buat ucapan. okey, i penyimpan mohor puteri-puteri raja sangat suka untuk mengambil kesempatan ke atas anda untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri. maaf zahir dan batin sekiranya ada silap dan salah samaada disengajakan atau secara dalam keadaan tidak sedarkan diri tidak kira dari bibir tebal i, jelingan mata i, ataupun tingkahlaku i terhadap anda. 


 dalam bermesra mungkin terkasar bahasa, dalam bergurau mungkin terlanjur senda, dalam berjanji mungkin ada yang belum dikota, dalam berbicara mungkin ada yang menyinggung rasa, oleh itu kemaafan jua dipinta. selamat hari raya. maaf zahir dan batin, ikhlas dari saya =)