Wednesday, April 21, 2010

punca wabak demam


dah 2 hari housemate aku, Yan mc. dia demam panas. petang tadi si Ina pulak mintak aku hantarkan dia pergi klinik. kena demam panas jugak. sekarang ni memang tengah musim demam kan. yelah cuaca pun sekejap panas terik, sekejap hujan siap pakej guruh petir lagi.

ni aku pulak dah rasa macam tak berapa sedap badan. kepala dah mula berat tingtong je, badan sekejap panas yang amat, sekejap sejuk nak mengigil. ni tanda-tanda kena selongkar almari cari panadol la jawabnya. tadi aku dah beli 100plus dengan air cap badak berendam. biasanya ni la jadi penawar kalau aku rasa tak sedap badan.

antibody aku ni memang mengada-ngada, cepat sangat nak berjangkit benda-benda penyakit demam ni. bukan setakat fizikal je yang lemah, mental pun dah lemah ni. kalau demam dapat CUTI! yeah!!! itu yang aku perlukan sekarang. bukannya aku malas nak pergi kerja, tapi aku tengah frust dengan 'mereka-mereka' yang tak reti nak nilai hasil kerja orang. jenis tahu nak cari salah orang je, walaupun pada tempat yang salah. malas la aku nak story panjang pasal pentadbir dan kerenah birokrasi yang tak sudah-sudah ni. menambah derita sakit aku je nak mencarut.


rindu budak ini. rindu kat budak ni buleh dikira jadi punca aku hampir demam jugak kot. RINDUUU KAMUUU BUDAK KECIK!!!

=(


4 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

rindu sgt nieh sampai demam...

Guru said...

jaga diri baik2

sekarang ni banyak jenis demam yang bahaya

NomborSebelas said...

wahh cepat makan ubat :D

http://nomborsebelas.blogspot.com/

ada m0khtar said...

bila tgk budak2 kt sek pun aku dok terkenang je kat budak tu.. rindunya nk gusti2 ngn dia... hehehe..
aku dah okey ni, dah makan panadol ngn 100plus =)