Monday, April 5, 2010

kawasan perumahan yang hitam


black area bukan sebab tak ada lampu jalan, tapi sebab terlampau melampau banyak makhluk panjang kaki dan tangan. tak boleh ada word careless langsung dalam kamus hidup kau kalau kau sewa rumah area sini.
pintu sentiasa kunci, tingkap sentiasa tutup, kereta sentiasa park dalam pagar rumah, jangan tinggalkan barang berharga kat rumah. kalau cuti balik kampung lama, angkut segala semua barang kau sekali. Tv, mesin basuh, peti ais, katil. kalau boleh angkut rumah kau sekali.


baru je 3 bulan aku menyewa kat sini, si penyangak dah tunjuk belang. SENTAP kau, bukak je pintu rumah nak pergi kerja tengok cermin kereta housemate aku dah terbarai atas jalan. mentang-mentang housemate aku tu baru dapat tunggakan 3 bulan gaji, time ni jugak la duit dia nak melayang.

pagar rumah aku tu tengah renovate, so malam kejadian (malam jumaat lepas) housemate aku terpaksa park honda city dia kat luar rumah sebab simen lantai basah lagi. hati aku memang tak sedap malam tu. sebelum keluar main boling aku dah asyik pandang kereta tu je. pastu aku belek-belek pagar rumah. terdetik jugak kat hati aku ni selamat ke tak kereta ni. then lepas balik main boling, lebih kurang pukul 1.45pagi aku boleh pulak dok legar-legar kat luar rumah sorang-sorang. siap boleh cuci sandal yang terpijak simen basah lagi. CEKAL betul malam tu aku berani. lagi best, aku asyik terjaga je masa tidur. pukul 4 pagi aku terjaga. then pukul 5 pagi pun aku terjaga.

rupanya ada benda nak jadi. jiran aku cakap dalam pukul 4.30pagi dia dengar alarm kereta housemate aku tu bunyi. dia mengendap dari tingkap rumah, tapi tak ada nampak sapa-sapa pun. agaknya penyangak tu dah lari masa alarm tu bunyi. YANG SENGALNYA, boleh pulak aku dengan housemate sepatah haram tak dengan bunyi alarm tu.


mangkuk betul penjenayah tu. tak pasal-pasal melayan 3rat kena tukar cermin kereta. tak berbaloi langsung dengan nilai duit yang hilang 20ringgit je. polis cakap kemungkinan motif penyangak tu nak ambil barang dalam kereta je sebab cara dia tak professional. kalau dia nak curi kereta buat apa dia pecahkan cermin sebelah penumpang. lagi 1, may be dia naik motor masa tu sebab ada kesan calar pada kereta.

moralnya, aku sangat takut dan sentiasa berhati-hati sekarang. memang dah tak berani nak balik lewat malam pastu cekal dok luar rumah lama-lama. nak duduk dalam rumah sorang-sorang pun aku dah tak sanggup. kereta kena sentiasa lock stereng, then park dalam pagar. huhu. muat lagi ke aku nak sumbat VIVA ni.


4 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

jaga2 diri ko...
bahya tue...

suezensuzanna said...

aduiyai!...x berbaloi...300 vs 20

ada.m0khtar said...

ye baik.. huhuhu.. cuak weh!

Money Majik said...

mmg x betul laa