Friday, April 23, 2010

kanak-kanak terlebih gula


entri kali ni aku nak memperkenalkan kanak-kanak milo yang sentiasa buat aku jadi berpinar-pinar kepala otak. tiap-tiap pagi kena cari ketua kelas nak tanya siapa yang tak datang. lepas tu nak melayan kerenah sorang-sorang. 'cikgu, buku saya hilang' 'cikgu, esok saya tak datang sebab demam', 'cikgu, saya lupa bawak buku', 'cikgu, ada orang conteng papan hitam', bla..bla..bla...

okey, cikgu memang tempat kanak-kanak itu mengadu segala benda. pembaris hilang pun kena ngadu kat cikgu. paling best, kanak-kanak ini sangat cerdik dan bijak pandai untuk bagi alasan tak datang sekolah.

ye, aku lah guru kelas kanak-kanak KEPOCHI, BONTOT BISUL, MR BEAN, BOY BAND, dan macam-macam lagi. 5 BERLIAN, kelas no 1. yelah, kelas budak pandai. TAPI korang tetap KANAK-KANAK! *aku dapat tahu dari cikgu-cikgu lain diorang ni dah mula berlagak pandai. ha! siap la korang, aku ajarkan pasni. huh!

segala gambarajah ni dirakam masa celebrate birthday farah. tak pasal-pasal kena tangguh P&P aku hari tu. tapi tak pa, perut I kenyang. macam-macam makanan ayah si farah ni bawak. Alhamdulillah, parent budak-budak ni semuanya sporting. tambah-tambah ayah si farah ni. dia yang susah payah tolong aku masa mengecat kelas dulu. lega I tau =)

kau dah boleh nampak kan keadaan terlebih gula diaorang ni.

birthday girl bersama geng hip hip hurrey nya.

trio yang sentiasa buat kelas menjadi seperti pasar borong. ramai lagi kuncu lain disebalik trio ni. kena aku jerit sampai bergema kelas baru mulut diaorang ni boleh tutup.

ayah farah bersama makanan yang yummyyy... surp!



.kepochi team.

budak ni yang paling aku aim setiap kali masuk kelas. rasa nak ikat je kaki dia ni. tak reti duduk diam langsung. si BONTOT BISUL. dalam gambar ni boleh pulak dia duduk. kau usha la sendiri, majoriti gambar aku upload ni ada muka dia.


.mr bean team.

ahli kepochi team yang lain


kau dah dapat agak belum keadaan aku dalam kelas?
sila bayangkan aku berdiri di tengah-tengah kelas, dengan lengan baju berlipat sehingga paras siku, memegang rotan buluh yang nipis beli kat kedai dua ringgit, sedang menjegil mata sebulat dan seluas mungkin. kemudian mengeluarkan suara jantan sehingga kelas bergema. DIAM!!!!!


dah dapat kan? okey, bagus!

No comments: