Wednesday, April 7, 2010

ayat 'patah tumbuh hilang berganti' wajib ada masa ucapan dalam majlis persaraan

malas nak cerita panjang lebar. mengenangkan kerja aku banyak lagi yang tak siap *cikgu memang sentiasa relax tak banyak kerja kan! apa hal asyik nak ulang ayat ni je. last post pun cakap benda yang sama. okey, motifnya aku saja nak buat kau muak. hahaha. yelah sekarang ni isu beban guru banyak tengah hot and spicy gitu kan.

enough! kembali ke topik asal. entry gambarajah ni ditujukan khas untuk bekas GPK petang PN LIM ENG ENG yang baru je bersara 1 April yang lepas. *CEH! perasaan konon-konon PN LIM baca blog aku je kan.













bertakung jugak la air mata aku masa Pn Lim buat lambaian ala-ala ratu ni. memang aku tak dapat tahan kalau tengok orang lain berlinang air mata. ITU KELEMAHAN I!

walaupun aku baru sangat kenal Pn Lim, tapi daripada pandangan jauh aku rasa buat beliau memang someone yang sangat BEST! suka menolong, tak berkira, mudah memahami situasi orang lain. ni bukan rekaan aku nak menyedapkan cerita, tapi ini betul-betul dari hati aku. 3 bulan kenal beliau, pastu selalu pandang dari jauh je sebab aku dengan beliau lain sesi. aku sesi pagi, beliau sesi petang.


okey, seterusnya yang kat bawah ni gambarajah farewell dinner kat MOUNT AUSTIN golf resort pada malam 31 March.

my big boss. wajib tabik spring okey!











ayat penutup;
kalau ada sumur di ladang,
boleh hamba tumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang,
boleh kita berjumpa lagi.

~betul ke pantun aku tu? OMG!! apa nak jadi ni, apasal la aku kena penyakit bermasalah dalam bahasa sekarang ni. *kau bajet kau tu SHARIFAH AMANI KE?
ha ni mesti salah media massa. CEH!! sempat pulak nak salahkan orang lain.


2 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

ape tumpang2 mandi...
tak der bilik air sendiri ke???
hahahahaha...

ada.m0khtar said...

nak merasa mandi swimming pool org len lak.. hehehe