Wednesday, January 20, 2010

hatiku tertinggal di utara

aku dah meleleh air liur nak makan laksa penang buatan PUAN ZARINA ni. memang tak ada tandingan kuah laksa emak I di hati, sanubari serta lidah I ni. kuah laksa pasar malam yang masak dalam periuk tanah besar gabak tu pun tak boleh lawan kuah emak I tau. sedap sehingga menjilat mangkuk, sudu dan juga garfu.

tak sabar betul tunggu cuti CNY ni. masa first day lapor diri aku dah sibuk je bukak takwin sekolah. nak tengok cuti berapa hari. berbunga gila hati bila tau cuti seminggu. at least puas gak la aku menempek bawah ketiak emak dengan abah kan.

TAPI MALANGNYA! aku baru dapat tau, gb tak kasi cuti seminggu. cuti 5 hari je. plan asal sabtu ni sekolah ganti untuk cuti CNY, tapi dah benda ni tak diluluskan, so REDHA JELAH CUTI 5 HARI JE.

huuuwwwaaaaa *__*'


ha ni 1 hal lagi!
MAK AI!!! aku dah la tengah kesengketan ringgit dan juga sen. GILA kau! aku tak mampu dan tidak berbaloi-baloi untuk terbang ke utara. pengajarannya lain kali book tiket awal-awal. bukan dah nak terberak baru terkepit-kepit lari cari toilet!

alternatifnya terpaksa la menebalkan muka menyendeng-nyendeng nak tumpang kereta orang =) bukan tak nak naik bus, tapi aku memang mampu nak bertahan 10jam ++ dalam bus. kalau cuti lama berbaloi gak la sakit segala tulang dan urat aku ni. tapi setakat cuti 5 hari, sorry la.. TAK ADA MAKNANYA!


8 comments:

Aidi-Safuan said...

huhu....okay la tuh dapat cuti 5 ari. anyway, happy holiday!

ISZA said...

sama le kita, huhuhu

Suraya I. said...

naek bus utk long distance pnye journey mmg menyakitkan punggung~ -__-"

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

dari kecik lidah kite diajar makanan mak...
sampai tua makanan mak paling sedap...
hehehehehe...

ezzati said...

masakan mak jugak lg best kann..heeh

zack zukhairi said...

slamat bercuti! hehe

Asyraff Zulkifli said...

nk sakit tu tengok punggung gak la... hehe, kalau besar, 'kusyen' tebal, xde la sakit sangat kot...

ada m0khtar said...

tak sabar nak cuti.. yeeeeehhhhaaaa =)

apakan daya, kusyen ni tak empuk.. huhuhu