Friday, December 18, 2009

gol & gincu

TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH! semua dah sedia tahu semalam penantian 20tahun Malaysia nak cium pingat emas dah pun tercapai. SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA, AKU BANGGA WEH!! pelik bin ajaib la kalau ada rakyat Malaysia yang tak rasa bangga. walaupun goal semalam tak da mencabar pun. LUCK je la bola golek dalam goal semalam. CEH!!! berlagak pandai la pulak aku nak wat ulasan padahal sepatah haram pun tak tahu pasal bola.. tapi sekurang-kurangnya aku tak lepas peluang mengadap tivi tengok bola semalam tau. SEMANGAT SAYANGKAN MALAYSIA GITU!!

SADIS GILA pengetahuan aku dalam arena bola sepak yang bulat dan padangnya yang boleh buat aku tercungap-cungap lantas muka bertukar menjadi biru bila dipaksa lari keliling padang itu. hanya makhluk hemsem 2 orang ni je la aku tau. bukan salah aku okey! bila tengok je game, aura 2 orang ni je yang menonjol. maknanya bukan salah aku kalau biji mata aku dok focus kat diaorang ja. MMG BUKAN SALAH AKU KAN. pastu mulut akan asyik sebut, OMG!! HENSEMNYA KAU!!! APAHAL KAU NI HENSEM SANGAT!! APAHAL KAU KHAWIN LARI!!! bla..bla..bla..

1 pekara penting kau patut tau pasal aku adalah sila ada skill kaki bola kalau nak ngorat aku. KAKI BOLA okey, bukan kaki bangku & paling bukan juga KAKI PEREMPUAN!. hahahahahaha.. gila bajet cun, macam ramai sangat dok beratur nak ngorat.. suka hati aku la kan. taste aku bukan taste kau. lagipun tu aku yang nak hidup dengan dia, bukannya kau kan.

alasannya adalah kerana, aku suka tengok figure lelaki yang main bola ni. lari-lari kejar bola, sepak bola, goalkan bola dengan pakai jersi, MAK AIIII, HENSEM!!!. nampak betis dengan stokin panjang dia tu.. pastu rambut terbang-terbang masa kejar bola. tergoda weh!! okey, kelihatan ada unsur 18sx di situ. tak pa, aku dah cukup umur. dont' worry.. hahahaha.. aku rasa gembira, seronok beronok-ronok, kebahagian berbunga-bunga sakura dalam hati ni bila dapat duduk kat padang, bagi sokongan kat laki aku masa dia tengah main. INDAHNYA! .
mr ehem I pun kaki bola & kaki kayu !!! bukan kayu tiga, tapi kayu hockey ye. tapi aku pernah tengok dia main masa ktorang belum jadi couple. doooluu kaalaaaa. motif utama adalah tengok orang lain masa tu. tapi mata aku dok jeling-jeling gak la kat mr ehem. hahahaha.. GATAL. sejak dah declare ni, mr ehem asyik main hoki je. tapi takpa la, dapat tengok dia main hoki pun jadi la.

memandangkan aku ni mmg dasar buta huruf dan warna dalam bab-bab sepak menyepak bola yang bulat tu, so aku follow apa yang mr ehem sokong je la. dia sokong MU, aku pun sokong MU gak. MU menang aku pun bersorak. kalau MU kalah, aku tolong tenangkan mr ehem.

PULUN KEDAH PULUN! hahahahahaa.. gila semangat pulak. team ni dah pasti-pastinya la aku sokong. pa guna jadi anak kedah kalau tak sokong negeri sendiri kan. lagipun mr ehem pun FANATIK kedah gak. even kalau N9 vs Kedah, dia tetap akan sokong kedah. maka dengan itu, aku tak yah nak risau-risau kalah beating. sehati berdansa la konon =)


akhir kata, all da best MALAYSIA. tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi. lari bawa bola kat padang je ye, jangan lari bawak anak dara orang khawin pulak =)


7 comments:

izwan7 said...

wah, man u jugak?
kat man u pulak ade kembar hensem tak?

ada.m0khtar said...

alamak!!! hehehe.. nnt aku kena tanya mr ehem dulu ni.. hahahaha...

armouris said...

tahniah Malaysia!! hati-hati jangan tercedera semasa bermain bola sepak - Kecederaan/Kematian di Padang Bola Sepak

armouris said...

tahniah Malaysia!! hati-hati jangan tercedera semasa bermain bola sepak - Kecederaan/Kematian di Padang Bola Sepak

Niijiusan said...

aku xsempat tengok match haritu. just sempat tengok 5minit last je. hampeh betol!

ada.m0khtar said...

ala rugi la... tapi aku rasa biasa-biasa je. hehehe.. cam game2 yg lain gak

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

maknanye kite rival...
hehehehehe...