Thursday, December 3, 2009

berek polis


ni la tempak tinggal lamo kawe. maso kecik zame kanok-kanok tadika pastuh skoloh rendoh. doh sembile tahon kawe pindoh, tok seko bruboh banyok doh la weh berek polih neh.


OMG!!! payah seh kecek kelate. serius lidah aku ni dah tergeliat. dah lama sangat aku tinggal loghat make budu ni. hehehe. masa ikut rombongan cik tar *nama manja incik mokhtar masa kerja kat kelantan dulu* ahakss* ambil my sis syima haritu, ktorang singgah berek polis Pasir Mas sekejap. mengimbau kenangan lama, zaman kanak-kanak riang. hahaha..



si mimie mmg tak da kenangan langsung kat berek ni sebab dia wujud after ktorang pindah ke kedah. so, sepanjanng ktorang yang lain ni sibuk dok mengimbau kenangan, dia tak habis-habis la buat muka menyampah.mana tak nya, nak join tapi tak da topik. hahaha.


lebih kurang 11 thn gak la aku tinggal kat berek ni. tadika bawah umah je. kalau nak terkencing ke, nak gongong susu ke, slumber je lari balik rumah jap. sekolah rendah lak depan berek je. keluar pagar berek, masuk pagar sekolah. gila mudah hidup kan. jangan harap kau dapat panjat pagar ponteng sekolah.





after 9thn ni, mmg ketara banyak perubahan pada berek ni. dulu ada padang rumput tempat aku main kejar-kejar, main rounders guna reket tenis incik mokhtar. tapi sekarang ni dah ada padang kawad je. dulu ada tadika bawah rumah, tapi sekarang ada stor barang kes polis je. dulu ada stor kecik bawah rumah tempat aku main kawen-kawen, tapi sekarang dah jadi gymnasium. dulu ada kedai pakcik jubir *telo kanak-kanak bawah umur, tapi sekarang dah kena pergi beli barang kat kedai cina yakin jaya yang makin kaya je. yang panling ketara, semua geng-geng otai senior kat berek ni dah berpindah kat tempat lain. sekarang ni semua anggota baru je yang ada kat situ. kawan-kawan lama aku pun dah berpindah. nasib baik la ada facebook, dapat gak aku berjejak kasih dengan diaorang.


10thn akan datang maybe berek ni dah bertukar jadi berek yang extra moden kan. segalanya berubah ikut peredaran masa kan. *__*


2 comments:

izwan7 said...

o means ko penah duduk kelantan & kedah la eh ada?
kedah kat mane pulak?

ada.m0khtar said...

iyup.. dulu duduk kelantan. sekarang duduk kat yan kedah ;)